Op Sky: SPRM beku 98 akaun bank syarikat, individu bernilai lebih RM22 juta

Dari Penulis

SURUHANJAYA Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) membekukan 98 akaun syarikat dan individu bernilai RM22.07 juta menerusi Op Sky setakat hari ini, kata Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Datuk Seri Ahmad Khusairi Yahaya.

Beliau berkata, jumlah tangkapan pula melibatkan 21 individu iaitu lapan pengarah dan pegawai syarikat, 12 pegawai bank dan seorang orang awam yang berperanan sebagai ejen.

“Sindiket ini dikesan di lima atau enam bank yang beroperasi di Malaysia dengan nilai pinjaman sebanyak RM700 juta. Lebih kurang anggaran antara 0.5 dan satu peratus dibayar kepada pihak terlibat bagi mendapatkan kelulusan.

“Kita tidak menolak kemungkinan akan ada lagi tangkapan susulan berkaitan kes ini,” katanya pada sidang media hari ini.

Beliau berkata pihaknya turut menyita sembilan unit kenderaan mewah pelbagai jenama, wang tunai RM309,400, 17 jam tangan mewah dianggarkan bernilai RM11.11 juta, lima beg tangan mewah (RM431,256) dan lima set barang kemas (RM50,000).

Baca artikel lain: Kartel baja RM1.8 bilion: Bekas Pengurus Besar Nafas didakwa hujung bulan ini

Beliau berkata kes disiasat di bawah Seksyen 16 (a) (A), Seksyen 17A (a) Akta SPRM 2009, Seksyen 137 Akta Perkhidmatan Kewangan 2013 dan Seksyen 4(1) AMLATFPUAA 2001.

Op Sky membabitkan siasatan penggubahan wang haram hasil daripada kegiatan rasuah, pemalsuan dokumen dan penipuan untuk mendapatkan kelulusan pembiayaan pinjaman peribadi.

Ahmad Khusairi berkata pihaknya turut melakukan Op Trust bagi mengesan sindiket melibatkan syarikat yang didapati menyeleweng unit amanah untuk kepentingan peribadi.

“Ini adalah dua contoh (Op Sky dan Op Trust) yang kita ketengahkan kepada masyarakat berkaitan dengan aspek kewangan dan perbankan di Malaysia,” katanya.

— BERNAMA

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Sultan Selangor hargai kesinambungan pentadbiran jayakan LRT3

SULTAN Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah, menegaskan kejayaan merealisasikan projek Laluan LRT3 Shah Alam adalah hasil kesinambungan perancangan serta...

More Articles Like This