POLIS sahkan tiada sebarang kecederaan dilaporkan dalam kemalangan membabitkan dua buah lori dengan Saga di Kilometer 13 Jalan Bukit Changgang-Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur, Kuala Langat, semalam.
Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Superintendan Mohd Akmalrizal Radzi berkata, pihaknya menerima laporan mengenai kejadian pada pukul 7.45 malam.
Beliau berkata, siasatan mendapati kemalangan berlaku apabila lori jenis Sinotruck berwarna biru sedang berhenti di lampu isyarat.
“Semasa lampu isyarat bertukar daripada merah ke hijau, pemandu lori Sinotruck bergerak dan memberi isyarat ke kiri untuk mengubah haluan.
“Sedang bergerak untuk menukar lorong, lori Sinotruck telah melanggar sisi belakang kiri Proton Saga sehingga menyebabkan kereta berpusing dan melanggar hadapan lori Scania,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Jelasnya, kesemua pemandu yang merupakan lelaki tempatan berusia 30, 40 dan 60 tahun tidak mengalami sebarang kecederaan.
Katanya, ketiga-tiga pemandu yang terlibat dalam kemalangan telah hadir ke Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Kuala Langat untuk membuat laporan polis dan diambil rakaman percakapan.
Kes diklasifikasikan di bawah Seksyen 43 Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian boleh menghubungi Penolong Pegawai Penyiasat Sarjan Mohd Khairul Mohd Adnan di talian 017-2824458.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

