Lori hilang kawalan, 4 cedera dalam kemalangan 9 kenderaan

Dari Penulis

EMPAT pemandu cedera selepas terlibat dalam kemalangan membabitkan sembilan buah kenderaan di Jalan Senai-Seelong, Kulai pada pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Kulai, Asisten Komisioner Tan Seng Lee berkata, pihaknya menerima maklumat mengenai kejadian kemalangan membabitkan empat buah lori dan lima buah kereta pada pukul 10.30 pagi.

Beliau berkata, siastan mendapati kemalangan berlaku apabila sebuah lori Hino dipandu lelaki tempatan berusia 50 tahun telah hilang kawalan.

“Pemandu lori Hino telah melanggar belakang Perodua Kancil yang dipandu oleh lelaki tempatan berusi 33 tahun yang sedang berhenti sebelum melanggar enam buah lagi kenderaan lain yang berada di hadapan.

“Lori kemudian terbabas bersama Perodua Kenari yang dipandu lelaki berusia 42 tahun dan masuk ke laluan bertentangan lalu melanggar sebuah lagi lori yang dipandu oleh lelaki berusia 46 tahun,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Akibat kemalangan, tiga pemandu kereta dan seorang pemandu lori cedera ringan dan dibawa ke Hospital Temenggong Seri Mahara Tun Ibrahim bagi menerima rawatan.

Sementara pemandu kenderaan lain yang terlibat tidak mengalami sebarang kecederaan.

Kes disiasat di bawah Seksyen 43 Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian boleh menghubungi Penolong Pegawai Penyiasat Sarjan Munisha Aju Anak Hamkah di talian 012-8246004.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Puad Zarkashi sah tidak pertahan DUN Rengit, beri laluan kepada pemimpin muda

AHLI Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi mengesahkan beliau tidak akan mempertahankan kerusi Dewan Undangan...

More Articles Like This