Tarik balik lesen memandu OKU berdasarkan kes tertentu

Dari Penulis

KERAJAAN tidak mengamalkan dasar menarik atau membatalkan lesen memandu Orang Kurang Upaya (OKU), namun tindakan yang sewajarnya boleh diambil berdasarkan kes tertentu.

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke berkata golongan OKU termasuk bagi kategori mental, tidak boleh dijadikan mangsa, hanya kerana terdapat kes terpencil yang melibatkan pemandu golongan itu.

“Bukan dasar kita untuk memukul rata semua OKU. Mereka juga memerlukan lesen untuk berulang-alik (bagi urusan seharian). Kita tidak boleh menganggap semua pemandu OKU tidak boleh membawa kenderaan dengan selamat,” katanya.

Loke berkata demikian kepada pemberita pada Majlis Menandatangani Memorandum Perjanjian (MoA) Cadangan Pembangunan Ipoh Sentral antara Ipoh Sentral Sdn Bhd dan Country Annexe Sdn Bhd, di Ipoh hari ini.

Baca artikel lain: Prasarana sasar MKBF 1 juta km menjelang 2026 – Loke

Beliau ditanya tentang cadangan sebuah persatuan pengguna supaya kerajaan menarik balik lesen individu yang disahkan sebagai OKU kategori mental, susulan kejadian tular melibatkan penunggang motosikal OKU mental dipukul di sebuah pasar pagi di Chukai, Terengganu pada 17 Januari.

Kejadian itu dipercayai berpunca selepas motosikal lelaki itu terlanggar sebuah gerai sehingga menyebabkan makanan untuk jualan terjatuh.

Selain itu, Loke berkata kebanyakan golongan OKU yang diberi lesen oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) merupakan pemandu yang bertanggungjawab dan mampu mengendalikan kenderaan dengan baik.

“Malah, pemandu e-hailing juga pemandu yang baik…kecuali dalam kes-kes tertentu yang mana kami akan menilai jika lesen perlu ditarik balik atau tidak,” katanya.

— BERNAMA

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Lagi kes di Kem Hobart: Dua anggota tentera cedera ketika latihan menembak

TENTERA Darat Malaysia (TDM) mengesahkan berlakunya satu insiden kemalangan semasa Latihan Peningkatan Tempur (LPT) di Lapang Sasar Kem Hobart,...

More Articles Like This