Kerjasama erat SPRM, FBI peroleh semula dana 1MDB RM90 juta

Afiq Mohd. Shah
Afiq Mohd. Shah
Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

Dari Penulis

KERJASAMA erat antara Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dengan Biro Penyiasatan Persekutuan (FBI) serta Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat (DOJ) telah berjaya memulihkan wang sebanyak AS$20 juta atau lebih RM90 juta dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

SPRM dalam kenyataan memaklumkan, dana 1MDB itu melibatkan projek tenaga solar di Malaysia.

Menurut SPRM, wang tersebut melibatkan seorang ahli perniagaan iaitu Frank White Jr dan rakan kongsi firma pelaburan DuSable Capital Management LLC (DuSable).

“White Jr secara sukarela bersetuju menyerahkan wang tersebut kepada DOJ selepas mendapati bahawa dana yang diterima oleh DuSable berasal daripada sumber yang dikaitkan dengan dana 1MDB yang disalahgunakan.

“White Jr bagaimanapun tidak menyedari sumber dana itu pada waktu penerimaan,” katanya dalam kenyataan itu.

Baca artikel lain: BAM usaha tambah baik tadbir urus, terima saranan SPRM

Mengulas lanjut, SPRM memaklumkan, pihaknya dan kerajaan komited untuk meneruskan usaha pemulihan aset berkaitan 1MDB.

Sehingga kini, katanya, sebanyak RM29.73 bilion telah berjaya dipulangkan kepada kantung kewangan kerajaan.

“Ini tidak termasuk RM90 juta yang dipulihkan hasil usaha SPRM dan FBI baru-baru ini.

“SPRM juga sedang giat mendapatkan semula aset yang telah diselewengkan daripada negara Kuwait, Hong Kong, United Kingdom dan beberapa buah negara di Eropah.

“Usaha ini akan terus diperhebatkan melalui kerjasama strategik dengan rakan antarabangsa untuk memastikan aset-aset yang disalahgunakan dapat dipulihkan demi kepentingan rakyat dan negara,” katanya.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Kes buli: ‘Jika terbukti salah, mereka hendaklah disingkirkan daripada MRSM’

PENGERUSI Majlis Amanah Rakyat (MARA), Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki mengarahkan tindakan tegas diambil terhadap enam pelajar Tingkatan Lima...

More Articles Like This