Perhilitan selamatkan burung hering di jejambat i-City

Dari Penulis

JABATAN Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Selangor menyelamatkan seekor burung hering di jejambat berdekatan dengan pusat beli belah i-City di Shah Alam pada Khamis.

Pengarah Perhilitan Selangor, Wan Mohd Adib Wan Mohd Yusoh berkata, pihaknya menggerakkan pasukan menyelamatkan burung yang disenaraikan sebagai Near Threatened (NT) dalam Senarai Merah International Union for Conservation of Nature (IUCN) selepas menerima laporan orang awam kira-kira 11 pagi.

Beliau berkata, binatang berkenaan yang biasanya hidup di kawasan pergunungan tinggi di negara-negara seperti Kazakhstan, Uzbekistan, Kyrgyzstan, Tajikistan, Afghanistan, Nepal, Mongolia dan Barat China dipercayai tersasar daripada laluan penerbangannya.

“Insiden seperti ini pernah direkodkan sebelum ini melibatkan spesies yang sama di Malaysia dan ketika burung ini ditemukan, ia berada dalam keadaan lemah dan akan dibawa ke Pusat Menyelamat Hidupan Liar (NWRC) untuk pemeriksaan dan rawatan kesihatan selanjutnya,” katanya dalam kenyataan pada Jumaat.

Wan Mohd Adib turut menasihatkan orang ramai supaya berhati-hati dan tidak mengambil tindakan sendiri jika terjumpa dengan hidupan liar.

Terdahulu, gambar burung pemangsa itu tular di media sosial, menunjukkan ia ditemukan di jejambat berhampiran sebuah pusat beli-belah di Shah Alam pada Khamis. – Bernama


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

PRN Johor: SPR keluarkan 24,677 kertas undi pos

SURUHANJAYA Pilihan Raya (SPR) telah mengeluarkan sebanyak 24,677 kertas undi pos kepada individu yang berhak untuk mengundi secara pos. Setiausaha...

More Articles Like This