KPT pantau perkembangan pelajar Malaysia kemalangan di Port Said, Mesir

Afiq Mohd. Shah
Afiq Mohd. Shah
Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

Dari Penulis

KEMENTERIAN Pendidikan Tinggi (KPT) memantau perkembangan semasa lapan pelajar negara yang dilapor terlibat dalam insiden kemalangan kenderaan ketika dalam perjalanan dari Kaherah ke Port Said, Mesir, Sabtu lalu.

KPT dalam kenyataan memaklumkan, pihaknya melalui Pejabat Education Malaysia Mesir (EMM) mengikuti secara rapat perkembangan situasi tersebut.

Menurut KPT, lima orang pelajar dilapor mengalami luka ringan dan dirawat di wad pesakit luar, Hospital Sayed Galal, Kaherah.

Katanya, tiga lagi pelajar ditempatkan di wad kecemasan untuk rawatan lanjut.

“KPT mengambil maklum kejadian lapan orang pelajar Malaysia daripada Universiti Al-Azhar, Mesir yang terlibat dalam insiden kemalangan kenderaan.

Baca artikel lain: UM, pihak berkuasa siasat dakwaan pensyarah lakukan gangguan seksual – KPT

“KPT juga sentiasa mengikuti secara rapat perkembangan situasi ini melalui Kementerian Luar,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Dalam pada itu, KPT meminta pelajar mengemas kini butiran diri dan pengajian pelajar ke dalam portal rasmi Jabatan Pendidikan Tinggi bagi tujuan capaian maklumat data yang tepat dan cepat sekiranya berlaku sebarang kecemasan.

Jabatan Pendidikan Tinggi mempunyai sistem pembangunan data yang telah disediakan melalui inisiatif pembangunan sistem MyData@EducationMalaysia4U.

Sebarang maklumat boleh terus berhubung dengan Education Malaysia Mesir di alamat :

Dewan Malaysia Abbasiah Kaherah (DMAK),

26, Sabil Alkhazender St, From Abdou Basha

Square, Abbasiah, Cairo, Arab Republic of Egypt

No. Telefon : +00 202 2487 3858

E-mel : [email protected]

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Pemuda 23 tahun jatuh 9 meter ketika baiki silo di Ipoh

SEORANG pekerja kilang berdepan detik cemas apabila terjatuh dari ketinggian kira-kira sembilan meter ketika menjalankan kerja pembaikan di sebuah...

More Articles Like This