Pemain warisan dari Belanda makin hampir dapat pasport Malaysia

Afiq Mohd. Shah
Afiq Mohd. Shah
Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

Dari Penulis

SEORANG pemain warisan dari Belanda kini berada di peringkat akhir untuk mendapatkan pasport Malaysia.

Perkembangan terbaharu itu dimaklumkan Ketua Pegawai Eksekutif Harimau Malaya, Rob Friend dalam hantaran di Facebook Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), hari ini.

Menurut Friend, tiga lagi pemain warisan juga sedang dalam proses untuk mendapatkan kerakyatan.

Beliau turut berharap proses tersebut dapat diselesaikan segera supaya Harimau Malaya mampu mengambil langkah cemerlang menjelang Kelayakan Piala Asia 2027 mulai Mac depan.

“Malaysia akan mempunyai pilihan lebih luas dengan pemain-pemain warisan ini sekali gus meningkatkan peluang bagi aspirasi kami untuk membawa Harimau Malaya ke peringkat seterusnya,” katanya dalam hantaran tersebut hari ini.

Walau bagaimanapun, Friend menegaskan pihaknya tetap komited untuk mencapai hasil dalam pembangunan pemain domestik di semua peringkat bola sepak di Malaysia.

Baca artikel lain: 4 pemain warisan menunggu kelulusan kerakyatan Malaysia

“Walaupun naturalisasi adalah antara komponen penting dalam strategi kami, kami memahami kepentingan memupuk bakat tempatan untuk memastikan kejayaan yang mampan untuk pasukan kebangsaan.

“Matlamat kami adalah untuk mewujudkan skuad simbang dan berdaya saing yang mewakili kebanggaan dan semangat bola sepak Malaysia,” katanya.

Sabtu lalu, FAM memaklumkan skuad Harimau Malaya kini hanya selangkah untuk menerima empat lagi pemain baharu terdiri daripada pemain warisan.

Proses mendapatkan kerakyatan Malaysia bagi empat pemain warisan baharu itu kini sedang menunggu kelulusan muktamad daripada Kerajaan Malaysia.

Sebagai rekod, skuad bimbingan Peter Cklamovski diundi dalam Kumpulan F bersama Vietnam, Nepal dan Laos dengan hanya juara kumpulan akan mendapat slot ke Piala Asia 2027 di Arab Saudi.

Sebelum ini, Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail mengesahkan bahawa enam hingga tujuh pemain warisan sudah dikenal pasti untuk memperkuatkan skuad Harimau Malaya.

Menerusi kenyataannya, Tunku Mahkota Ismail berharap urusan mendapatkan pasport pemain warisan yang sudah dikenal pasti itu dapat diselesaikan dengan cepat bagi membolehkan mereka beraksi untuk Harimau Malaya dalam kempen kelayakan Piala Asia 2027 itu nanti.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Pemuda 23 tahun jatuh 9 meter ketika baiki silo di Ipoh

SEORANG pekerja kilang berdepan detik cemas apabila terjatuh dari ketinggian kira-kira sembilan meter ketika menjalankan kerja pembaikan di sebuah...

More Articles Like This