POLIS kini giat memburu baki tiga lelaki yang dipercayai terlibat dalam kejadian dua kenderaan dipandu secara melulu sebelum melanggar sekumpulan lelaki sehingga cedera di hadapan sebuah kelab malam dekat Brickfields, Kuala Lumpur.
Timbalan Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Azry Akmar Ayob berkata, sehingga kini seramai lima suspek yang terlibat dalam kejadian terbabit telah berjaya ditangkap di sekitar Banting, hari ini.
Beliau berkata, pihaknya kini mengesan tiga lelaki yang masih bebas dan diminta menyerah diri bagi membantu siasatan.
Baca: Langgar depan kelab malam, polis tahan 4 lelaki
“Suspek yang dikehendaki dikenali sebagai M. Devindran; 25, M. Ranjith, 19, dan M. Lavindran, 27, masing-masing beralamat di Selangor,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Jelasnya, kesemua suspek yang ditahan akan direman dan kes disiasat di bawah Seksyen 307 Kanun Keseksaan.
UtusanTV sebelum ini melaporkan, pengadu seorang lelaki berusia 24 tahun telah melihat sebuah Toyota Hilux dan Vios keluar dari sebuah bangunan tempat letak kereta dan memandu secara melulu.
Kenderaan tersebut telah melanggar sekumpulan lelaki dan mengakibatkan dua orang mengalami kecederaan dengan salah seorang mangsa telah dihantar ke hospital dengan menaiki ambulans.
Kejadian berlaku berpunca dari perselisihan faham antara kumpulan mangsa dan suspek ketika berhibur.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

