Langgar depan kelab malam, polis tahan 4 lelaki

Dari Penulis

[DIKEMASKINI]

EMPAT lelaki ditahan selepas dipercayai terlibat dalam kejadian dua kenderaan dipandu secara melulu sebelum melanggar sekumpulan lelaki sehingga cedera di hadapan sebuah kelab malam dekat Brickfields, Kuala Lumpur.

Video penuh klik link

https://t.me/infoutusantv/8995

Timbalan Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Azry Akmar Ayob berkata, empat lelaki berbangsa India itu ditahan bagi membantu siasatan lanjut.

“Kejadian berlaku berpunca dari perselisihan faham antara kumpulan mangsa dan suspek ketika berhibur.

“Permohonan reman ke atas suspek akan dibuat hari ini,” katanya dalam satu kenyataan ringkas hari ini.

UtusanTV sebelum ini melaporkan, pengadu seorang lelaki berusia 24 tahun telah melihat sebuah Toyota Hilux dan Vios keluar dari sebuah bangunan tempat letak kereta dan memandu secara melulu.

Kenderaan tersebut telah melanggar sekumpulan lelaki dan mengakibatkan dua orang mengalami kecederaan dengan salah seorang mangsa telah dihantar ke hospital dengan menaiki ambulans.

Kesemua mangsa belum tampil membuat laporan polis dan kes disiasat di bawah Seksyen 307 Kanun Keseksaan.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

6 termasuk bayi maut dalam kemalangan dengan lori muatan tanah di Sungai Petani

ENAM maut termasuk seorang bayi selepas kenderaan utiliti sukan (SUV) dinaiki mereka terbabit dalam kemalangan dengan sebuah lori muatan...

More Articles Like This