Pemimpin perlu ketepikan perbezaan politik demi berkhidmat untuk rakyat – Ahmad Zahid

Dari Penulis

PEMIMPIN diingatkan supaya mengenepikan perbezaan politik demi berkhidmat kepada rakyat, seru Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Ahmad Zahid berkata, amanah dan mandat daripada rakyat perlu dilaksanakan tanpa mengira parti politik atau agama.

“Sebagai ahli politik, kita tidak boleh mempunyai warga yang berbeza-beza. Soal menang banyak atau menang sedikit itu perkara kedua. Yang penting, apabila menang sebagai Ahli Parlimen atau ADUN, kita perlu menjaga kepentingan semua.

“Rakyat, tanpa mengira parti politik, agama, kaum, ataupun perbezaan budaya dan bahasa, perlu diberikan perhatian yang sewajarnya,” katanya ketika berucap merasmikan Dewan RC di Simpang Empat, Hutan Melintang, hari ini.

Dewan tersebut dibina oleh seorang ahli perniagaan kelahiran Bagan Datuk, M Nagaraja, 69, yang juga seorang peniaga cendol sejak 47 tahun lalu.

Baca artikel lain: Jawatankuasa Khas Penyelarasan Agensi dukung hasrat PM bantu Gaza akan dibentuk

Sementara itu, Ahmad Zahid yang juga Ahli Parlimen Bagan Datuk berkata pemimpin perlu terus menyantuni rakyat di kawasan mereka, termasuk golongan muda, sama yang bekerja di kawasan sendiri atau berada di luar negara.

Bercerita lanjut mengenai Nagaraja, Ahmad Zahid berkata, beliau mengenali Nagaraja sejak berusia 22 tahun.

Selain menyumbang kepada pembinaan dewan, Nagaraja turut menerima gelaran Raja Cendol daripada Ahmad Zahid pada majlis Hari Raya 2007, yang kekal hingga kini sebagai tanda penghargaan terhadap sumbangannya.

Selepas majlis itu, Ahmad Zahid turut berkesempatan mengunjungi keluarga angkatnya pada majlis sambutan Tahun Baharu Cina yang diadakan di Dewan Dato Hj Abdullah Ahmad, di sini yang juga rutinnya setiap tahun.

Beliau disambut oleh ahli keluarga angkatnya, Beh Song Wan, 62, atau lebih dikenali sebagai Bujang, bersama isterinya, Tian Mee Ping, 56, serta dua anak mereka.

Timbalan Perdana Menteri turut berkesempatan menggaul “yee sang” yang telah diubah suai dengan menggunakan bahan-bahan membuat pecal, makanan tradisi Jawa, seperti kangkung rebus, suhun, tauhu, timun serta sengkuang yang dimakan bersama kuah kacang.

Ahmad Zahid juga berkesempatan beramah mesra dengan penduduk setempat yang hadir memeriahkan majlis tersebut.

— BERNAMA

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Sukan untuk semua, 42 pasukan DUN meriahkan Liga Bola Jaring Pahang 1st

NEGERI Pahang kini melakar sejarah tersendiri dalam arena sukan apabila penganjuran julung kali Liga Bola Jaring Pahang 1st berjaya...

More Articles Like This