WBB: Cuepacs sokong langkah tubuh jawatankuasa khas kaji waktu kerja

Dari Penulis

KONGRES Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) menyokong langkah Kementerian Kesihatan (KKM) untuk menubuhkan satu jawatankuasa khas bagi mengkaji penjadualan waktu kerja dan pemerkasaan penyampaian perkhidmatan kesihatan.

Presiden berkenaan, Datuk Dr Adnan Mat berharap jawatankuasa itu akan mengambil kira pandangan semua pihak berkepentingan termasuk wakil kesatuan sekerja dan pekerja yang terlibat secara langsung dalam perkhidmatan kesihatan.

“Sebarang perubahan dalam sistem waktu bekerja mestilah dilaksanakan secara holistik dengan mengambil kira keseimbangan antara keperluan perkhidmatan, kebajikan pekerja dan keberkesanan penyampaian perkhidmatan kepada rakyat.

“Keputusan Jemaah Menteri untuk meneliti semula cadangan Waktu Bekerja Berlainan (WBB) adalah langkah tepat bagi memastikan sebarang perubahan yang dibuat adalah berlandaskan kajian menyeluruh dan mengambil kira kepentingan dan kebajikan semua pihak,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Untuk rekod, Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad sebelum ini menyatakan Jemaah Menteri memutuskan untuk membatalkan projek rintis WBB bagi memberi laluan kepada kajian lebih mendalam dan menyeluruh.

Dalam pada itu, Adnan berkata, cadangan WBB bukan berasal daripada Pegawai Tadbir dan Diplomatik (PTD) seperti yang disalahertikan sesetengah pihak, sebaliknya ia adalah cadangan Medical Advisory and Action Committee (MAAC).

“Oleh itu, tidak wajar mana-mana pihak menyalahkan kumpulan pegawai ini tanpa asas yang kukuh. PTD sentiasa memainkan peranan penting dalam membantu kerajaan melaksanakan dasar dengan profesional dan berintegriti demi kepentingan negara,” katanya.

— BERNAMA

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

TVET pengangkutan buka 3,208 peluang kerja untuk veteran ATM

SEBANYAK 3,208 peluang pekerjaan dalam sektor pengangkutan disediakan kepada anggota dan veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) menerusi kerjasama strategik...

More Articles Like This