Kes tembak di Morib: Polis kesan dua lelaki Indonesia hantar Pati cedera ke hospital

Dari Penulis

POLIS sedang mengesan dua lelaki warga Indonesia yang dipercayai menghantar tiga pendatang asing tanpa izin ke Hospital Sultan Idris Shah, Serdang selepas cedera dalam insiden tembakan di perairan Tanjung Rhu, Banting pada 24 Jan lepas.

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, pihaknya juga sedang mengesan beberapa lagi individu yang dipercayai berada di dalam bot ketika kejadian.

“Kita percaya selain lima orang iaitu satu (suspek) yang meninggal dunia dan empat lagi (cedera) masuk hospital, ada lagi yang berada di dalam bot itu mengikut saiz bot serta percakapan daripada saksi.

“Kita percaya mereka baru nak keluar dari perairan Malaysia ke seberang sana (Indonesia) menggunakan laluan yang tidak sah,” katanya pada sidang media di Mes Pegawai Kanan Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor hari ini.  

Hussein pada 24 Jan lepas mengesahkan seorang maut dan empat cedera dalam kejadian tembak di pantai Morib, Kuala Langat awal pagi 23 Jan dan mereka yang cedera dirawat di hospital di Klang dan Serdang. 

Ia rentetan kes sebuah bot Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Selangor dilanggar oleh sebuah bot dipercayai milik suspek (mereka yang cedera) ketika menjalankan tugas rondaan perairan di Tanjung Rhu pada 3 pagi hari yang sama.

Dalam pada itu, Hussein berkata, kesemua suspek dipercayai terlibat dalam penyeludupan manusia dan mereka tidak mempunyai dokumen perjalanan yang sah.

Beliau berkata, pihaknya hampir menyelesaikan siasatan kes itu dan telah merakam keterangan 14 pegawai serta anggota APMM.

“Dua daripada daripada empat suspek telah dirakam percakapan dan kes ini akan dirujuk ke pihak timbalan pendakwa raya (TPR) dalam masa terdekat untuk sebarang keputusan. 

“Buat masa ini polis akan melengkapkan siasatan dengan siasatan di bawah Seksyen 307 dan Seksyen 186 Kanun Keseksaan serta Seksyen 39 Akta Senjata 1960,” katanya.

Berhubung tindakan APMM melepaskan tembakan, Hussein berkata agensi tersebut mempunyai prosedur operasi standard (SOP) sendiri untuk berbuat demikian sekiranya diancam.

Media sebelum ini melaporkan Indonesia menggesa Malaysia mengambil tindakan terhadap pegawai APMM sekiranya terbukti mereka menggunakan kekerasan berlebihan rentetan insiden tembakan di perairan Tanjung Rhu.

Memetik laporan Antara News, Timbalan Menteri Perlindungan Pekerja Migran Indonesia Christina Aryani berkata kerajaan Malaysia diminta menyiasat kejadian tembakan membabitkan pegawai APMM dengan lima rakyat berkenaan. 

— BERNAMA

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

UMNO-BN Negeri Sembilan sedia letak calon di semua 36 kerusi DUN

UMNO-Barisan Nasional (BN) Negeri Sembilan bersedia untuk meletakkan calon di semua 36 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang akan...

More Articles Like This