KTMB tingkat kawalan rondaan cegah insiden pencerobohan

Dari Penulis

KERETAPI Tanah Melayu Berhad (KTMB) meningkatkan kawalan dan rondaan oleh anggota polis bantuan, terutamanya di kawasan titik panas, bagi mencegah insiden pencerobohan landasan pada masa akan datang.

Ketua Pegawai Operasi KTMB Mohd Zain Mat Taha, berkata KTMB juga akan mengadakan perbincangan lanjut dengan Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD) bagi memastikan pematuhan terhadap peraturan keselamatan serta penguatkuasaan undang-undang di premis operasi syarikat.

“Langkah ini diambil bagi memperkasakan akta sedia ada dalam usaha membendung isu pencerobohan ini.

“Keselamatan penumpang dan operasi perkhidmatan kereta api sentiasa menjadi keutamaan kami,” katanya dalam satu kenyataan hari ini, merujuk kepada insiden yang berlaku pada Selasa lepas sehingga menyebabkan gangguan pada perkhidmatan KTM Komuter.

Baca artikel lain: KTMB sedia dua tren tambahan ETS sempena Tahun Baharu Cina

Beliau turut meluahkan rasa kesal terhadap insiden tersebut dan memaklumkan bahawa siasatan lanjut sedang dijalankan oleh pihak berkuasa.

Dalam kejadian itu, tren Komuter 2110 yang berlepas dari Stesen Jalan Kastam pada pukul 6.39 pagi terpaksa dihentikan selepas melanggar penceroboh di Kilometer 34.734 antara Teluk Pulai dan Klang.

Insiden ini menyebabkan kelewatan melebihi 60 minit dalam operasi perkhidmatan komuter.

Seramai 200 penumpang yang terjejas dalam kejadian itu dibawa ke Stesen Klang dengan diiringi anggota polis bantuan dan kakitangan KTMB sebelum menaiki bas perantara yang disediakan ke Stesen Subang Jaya.

“KTMB sekali lagi memohon maaf atas kejadian ini dan mengingatkan orang ramai tentang bahaya menceroboh kawasan rel kereta api,” menurut kenyataan tersebut.

— BERNAMA

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Kerajaan MADANI komited pastikan setiap kerajaan negeri terima sokongan yang diperlukan – Saifuddin

KERAJAAN MADANI kekal komited memastikan setiap kerajaan negeri menerima sokongan yang diperlukan berdasarkan keperluan pembangunan serta kesejahteraan rakyat. Menteri Dalam...

More Articles Like This