Nak merasai keistimewaan berbuka puasa dalam persekitaran yang mewah dan selesa? Disajikan dengan hidangan lazat beraneka jenis daripada menu tempatan, Asia dan Barat. Bermakna anda wajib masukkan Royale Chulan Kuala Lumpur dalam senarai lokasi untuk iftar tahun ini.
Bertemakan ‘Warna Rasa Ramadan’, bufet tahun ini menyediakan lebih 150 jenis hidangan yang terdiri daripada aneka jenis masakan.

Dengan persekitaran yang diilhamkan daripada suasana kampung, setiap deretan gerai dan pondok mempunyai jenis sajian tersendiri. Daripada pondok pembuka selera, ada pelbagai ulam, kerabu, buah-buahan, rojak dan jeruk.
Bagi yang mempunyai selera pelbagai, ini bufet paling sesuai untuk anda. Apa yang anda mahu? Daripada aneka sup kawah lima bintang, anda boleh pilih antara sup ayam pencen, daging, kambing, ekor atau gear box.

Lauk pauk? Ada hidangan Melayu seperti masak lemak rebung, ayam balado, kurma kambing, kerang lemak cili api dan daging kicap. Nak hidangan Cina pun ada seperti ikan goreng sweet & sour, kailan ikan masin dan Japanese bean curd. Hidangan India? Pun ada juga seperti chicken madras, ikan peshawari, tandoori dan alooghoobi.
Nak hidangan Barat? Pun macam-macam tersedia daripada daging panggang sampailah ke pasta, pizza dan makanan Mexican. Jangan risau, ada pelbagai lagi menu lain seperti nasi kerabu, nasi ayam/itik Hainan, kambing golek, bakar-bakar Portuguese, bihun sup, rojak dan lok-lok.

Oh ya, jangan dilupakan juga seleksi hidangan ringan dan pemanis mulut. Ais kacang, cendol, roti, pulut mangga, kuih muih tradisional dan moden, popia basah, lempeng peng nga, lemang rendang dan banyak lagi. Eh, dorayaki dan biskut tin seperti di kedai runcit zaman dulu pun ada tau.
Hidangan bufet untuk Ramadan kali ini diilhamkan oleh para chef yang banyak memenangi anugerah dalam bidang masakan. Untuk memeriahkan suasana, ada persembahan live band dengan gabungan muzik tradisional dan moden.

Nak tarawih? Pun jangan risau. Solat tarawih juga diadakan untuk mereka yang berbuka puasa di sini bertempat di bilik Tun Sri Lanang. Bukan itu sahaja, kaunter zakat juga turut disediakan di bahagian lobi hotel.
Bufet ini akan bermula dari 3 hingga 29 Mac ini. Harga bermula daripada RM110 (kanak-kanak) sehingga RM228 (dewasa). Tempahan awal sebelum 15 Februari akan mendapat harga istimewa yang lebih murah.
Untuk pertanyaan dan tempahan, anda boleh hubungi talian 019-3254718.
___
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

