5 sekeluarga nyaris maut, Myvi dinaiki terbabas sebelum terbakar

Dari Penulis

LIMA sekeluarga nyaris maut apabila kereta yang dinaiki terbabas sebelum terbakar di Kilometer 7.6, Lebuhraya Kajang-Seremban, lewat malam tadi.

Penolong Pengarah Operasi Penguasa Kanan Bomba Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai kejadian pada pukul 11.30 malam.

Beliau berkata, sepasukan enam anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Semenyih telah dikerahkan ke lokasi kejadian.

“Bomba tiba di lokasi dan mendapati sebuah Perodua Myvi telah terbabas dan terbakar sepenuhnya.

“Kemalangan melibatkan lima sekeluarga yang terdiri daripada pemandu Muhamad Rizal Rosli; 31, bersama isteri Nur Syamin Madhzir, 30, dan anak perempuan berusia empat tahun serta anak saudara pemandu iaitu Syafiqah Nurulain Mohd Nasaruddin, 26, dan anaknya Luth Iman Mohamad Taufiq, 5.

“Pemeriksaan mendapati salah seorang mangsa mengalami kecederaan ringan,” katanya dalam satu kenyataan.

Jelasnya, mangsa telah berjaya diselamatkan dan diserahkan kepada pegawai perubatan bagi menerima rawatan.

Katanya, kebakaran telah berjaya dikawal oleh anggota bomba di lokasi kejadian.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Kes buli: ‘Jika terbukti salah, mereka hendaklah disingkirkan daripada MRSM’

PENGERUSI Majlis Amanah Rakyat (MARA), Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki mengarahkan tindakan tegas diambil terhadap enam pelajar Tingkatan Lima...

More Articles Like This