Kerajaan peruntuk hampir RM13 bilion untuk STR, SARA

Dari Penulis

KERAJAAN memperuntukkan hampir RM13 bilion bagi inisiatif Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) dalam usaha membantu rakyat menangani kenaikan kos sara hidup.

Timbalan Menteri Ekonomi, Datuk Hanifah Hajar Taib berkata sebanyak RM300 juta pula diperuntukkan bagi pelaksanaan inisiatif Payung Rahmah manakala RM700 juta bagi program mengawal harga barang menerusi usaha sama dengan pelbagai pihak.

“Sementara itu bagi Program Penyeragaman Harga Barang di Sabah, Sarawak dan Labuan, sebanyak RM40 juta turut diperuntukkan,” katanya pada sesi soal jawab di Dewan Rakyat hari ini.

Beliau menjawab soalan Wong Chen (PH-Subang) berhubung saranan Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) ke arah memerangi kenaikan kos sara hidup seperti yang diterbitkan di bawah laporan Indikator Kos Sara Hidup.

Baca artikel lain: STR Fasa 1 sebanyak RM2.3 bilion disalurkan mulai esok

Hanifah Hajar berkata laporan Indikator Kos Sara Hidup 2023 yang dilancarkan tahun lepas mengandungi Perbelanjaan Asas Kehidupan Wajar (PAKW) dan Indeks Kos Sara Hidup bagi mengukur kos sara hidup dengan lebih berkesan.

Sehubungan itu bagi memudahkan rakyat, beliau berkata kerajaan menyediakan kalkulator sebagai panduan untuk merancang perbelanjaan dan pengurusan kewangan keluarga menerusi aplikasi MyPAKW yang boleh dicapai pada laman sesawang mypakw.dosm.gov.my.

Hanifah Hajar berkata kerajaan melalui Majlis Tindakan Sara Hidup Negara (NACCOL) melaksanakan usaha berterusan bagi mengatasi isu kenaikan kos sara hidup rakyat dengan memberikan tumpuan kepada tujuh kluster keutamaan meliputi perumahan, pendidikan, pengangkutan, utiliti, kesihatan, makanan dan pendapatan.

Beliau berkata sistem Pangkalan Data Utama (PADU) yang mempunyai profil bagi semua 30.1 juta individu warganegara dan pemastautin tetap di Malaysia juga membolehkan kerajaan menjalankan pemantauan dan penilaian secara berkesan bagi membantu rakyat mendepani cabaran peningkatan kos sara hidup.

— BERNAMA

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Warga emas pandu kereta lawan arus tersepit rempuh lori di Bentong

SEORANG warga emas berusia 74 tahun tersepit selepas kereta dipandunya yang dipercayai bergerak melawan arus bertembung dengan sebuah lori...

More Articles Like This