Bedah siasat mangsa nahas helikopter di Bentong dijalankan esok

Dari Penulis

BEDAH siasat jurutera warga Indonesia yang maut dalam insiden helikopter jenis Bell 206L4 terbakar ketika mendarat untuk mengisi minyak di Bentong pagi tadi, akan dijalankan pada 11 pagi esok di Hospital Bentong.

Ketua Polis Daerah Bentong, Superintendan Zaiham Mohd Kahar berkata siasatan punca kejadian kini di bawah Biro Siasatan Kemalangan Udara (BKSU), selepas pasukan Forensik Polis Diraja Malaysia (PDRM) menyelesaikan siasatan mereka.

Mangsa Finsen Reskey Sembiring, 27, maut akibat libasan bilah kipas helikopter yang terbalik sebelum terbakar di Batu 9, Jalan Lama Bentong-Kuala Lumpur, Bentong.

Baca artikel lain: Helikopter terbakar: Mangsa maut terkena kipas utama pesawat, kata polis

“Pihak kita akan berhubung dengan pihak kedutaan Indonesia yang akan memaklumkan kejadian ini kepada ahli keluarga mangsa sementara juruterbang yang terlibat sudah dihantar ke hospital dan sedang berehat selepas dirakamkan keterangan.

“Berapa lama masa yang akan diambil oleh pihak BKSU untuk menyelesaikan siasatan tidak dapat dipastikan buat masa ini,” katanya kepada pemberita di lokasi kejadian.

Zaiham berkata juruterbang itu berjaya diselamatkan selepas tindakan berani seorang pengawal keselamatan warga tempatan yang berlari dan berusaha mengeluarkan juruterbang terbabit ketika helikopter itu sedang terbakar.

–BERNAMA

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Landskap politik berubah jika Onn Hafiz bawa BN menang PRN Johor – Hassan Karim

LANDSKAP politik negara disifatkan bakal berubah sekiranya Datuk Onn Hafiz Ghazi berjaya membawa Barisan Nasional (BN) memenangi Pilihan Raya...

More Articles Like This