SEORANG kru darat warga Indonesia maut disyaki terkena bilah kipas helikopter yang terbakar ketika mendarat di Kolam Air Panas Jalan Lama Kuala Lumpur, Bentong hari ini.
Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri Pahang dalam kenyataan berkata, panggilan kecemasan mengenai kejadian diterima pada pukul 10.39 pagi.
Sepasukan lima anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Bentong telah dikerahkan ke lokasi kejadian.
“Kebakaran melibatkan sebuah helikopter pengangkut jenis Bell 206L-4 Long Ranger yang secara tiba-tiba tidak dapat dikawal lalu terbakar sepenuhnya ketika berada di darat,
“Mangsa dikenali sebagai Pinsan Rizky disahkan meninggal dunia oleh pihak Kementerian Kesihatan selepas disyaki terkena bilah kipas.
“Sementara juruterbang helikopter terbabit dalam keadaan selamat,” kata kenyataan itu.
Kebakaran berjaya dipadam sepenuhnya pada pukul 11.06 pagi dan mangsa diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut.
Sementara itu, Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) berkata, helikopter bernombor pendaftaran PK-ZUV itu disewa dan dikendalikan oleh MHS Aviation Berhad bagi menjalankan penerbangan kerja keudaraan.
Informasi terakhir daripada pihak operator adalah pada pukul 10.26 pagi kepada Perkhidmatan Maklumat Penerbangan (FIS) di Pusat Kawalan Trafik Udara Kuala Lumpur (KLATCC) yang melaporkan helikopter akan mendarat di tapak pendaratan.
Jelas kenyataan itu, siasatan lanjut akan dijalankan oleh Biro Siasatan Kemalangan Udara di bawah Kementerian Pengangkutan Malaysia mengikut Bahagian XXVI Peraturan Penerbangan Awam 2016.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

