Rakyat Malaysia diselamatkan daripada sindiket pemerdagangan manusia di Myanmar

Dari Penulis

SEORANG rakyat Malaysia adalah antara 61 individu yang diselamatkan daripada sindiket pemerdagangan manusia dan penipuan dalam talian di Myanmar sebelum dihantar pulang ke Thailand pada Khamis.

Kuasa Usaha Sementara Malaysia ke Thailand, Bong Yik Jui mengesahkan bahawa lelaki warga Malaysia berusia 32 tahun dari Perak itu tiba di Mae Sot, Wilayah Tak pada hari yang sama.

“Kedutaan Malaysia di Bangkok telah mengesahkan identiti warganegara Malaysia itu dengan pihak berkuasa Thailand.

“Kedutaan akan bekerjasama dengan pihak berkuasa Thailand bagi proses penghantaran pulang selepas mekanisme rujukan kebangsaan (NRM) selesai,” katanya ketika dihubungi Bernama pada Jumaat.

Baca artikel lain: Polis selamatkan tiga mangsa pemerdagangan orang, tahan 29 individu lain

Individu yang diselamatkan itu sedang menjalani proses saringan di bawah NRM bagi mengesahkan status mereka sebagai mangsa pemerdagangan manusia serta menilai sebarang kemungkinan penglibatan dalam aktiviti jenayah sebelum dihantar pulang.

Menurut laporan Xinhua, seramai 61 warga asing, termasuk 39 rakyat China, 13 rakyat India, lima rakyat Indonesia serta masing-masing seorang dari Ethiopia, Pakistan, Malaysia dan Kazakhstan, diserahkan oleh Pasukan Pengawal Sempadan Myanmar kepada pihak berkuasa Thailand di pos pemeriksaan sempadan Mae Sot di Wilayah Tak.

Timbalan Perdana Menteri Thailand, Phumtham Wechayachai, bertemu mangsa di Pejabat Imigresen Tak di Mae Sot pada Khamis.

Dalam usaha membanteras operasi sindiket penipuan dalam talian, Thailand telah memutuskan bekalan elektrik, Internet dan bahan api ke lima bandar sempadan Myanmar berhampiran utara negara itu bermula Rabu, dengan alasan kebimbangan keselamatan negara serta kesan buruk yang serius akibat kegiatan jenayah tersebut.

— BERNAMA

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Dua remaja lelaki maut terlanggar kerbau melintas jalan di Jelebu

DUA remaja lelaki maut selepas motosikal yang ditunggangi masing-masing merempuh seekor kerbau yang tiba-tiba melintas jalan di Kilometer 11...

More Articles Like This