Akmal tak setuju dengan PM, sifatkan garis panduan sumber rujukan

Afiq Mohd. Shah
Afiq Mohd. Shah
Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

Dari Penulis

GARIS panduan mengenai penglibatan orang Islam dalam sambutan perayaan agama lain disifatkan sebagai sumber rujukan kepada umat Islam.

Sehubungan itu, Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Datuk Dr Muhamad Akmal Saleh tidak bersetuju dengan kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim bahawa tiada keperluan untuk mewujudkan garis panduan tersebut.

Dalam hantaran di Facebook, Dr Muhamad Akmal menyifatkan tidak semua orang tahu dan mempunyai ilmu tentang sambutan perayaan agama lain itu.

Pada masa sama, beliau turut mengingatkan golongan bukan Islam supaya tidak terlibat dan tidak masuk campur membicarakan tentang isu tersebut.

“Tidak semua orang tahu dan ada ilmu seperti yang kita tahu dan faham.

“Sama juga garis panduan peraturan jalan raya, ramai yang ada lesen sendiri pun masih tidak tahu undang-undang sedia ada, malah ada lagi yang memandu secara mabuk.

Baca artikel lain: Tiada keperluan wujud garis panduan Muslim hadiri majlis perayaan bukan Islam – PM Anwar

“Jadi garis panduan ini adalah sumber rujukan, bukan maksud tidak tahu tetapi kadang-kadang kita terlupa dan garis panduan ini sebagai peringatan.

“Apa lagi garis panduan untuk orang Islam yang mana terpakai untuk orang Islam sahaja, yang bukan Islam tak perlu terlibat pun dan tidak perlu campur! Simple as that,” katanya dalam hantaran tersebut.

Semalam, Perdana Menteri memaklumkan, Kabinet memutuskan tiada keperluan untuk mewujudkan garis panduan mengenai penglibatan orang Islam dalam sambutan perayaan agama lain.

Anwar berkata, perkara itu akan dipersembahkan kepada Sultan Perak Sultan Nazrin Shah selaku Pengerusi Jawatankuasa Muzakarah Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam (MKI).

Perdana Menteri menjelaskan Malaysia sebagai sebuah negara yang agama rasminya Islam, kepentingan kaum dan agama lain di negara ini juga harus dijaga bagi memelihara keamanan.

Sebelum ini media melaporkan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) sedang memuktamadkan satu garis panduan yang merangkumi penglibatan orang Islam dalam majlis sambutan perayaan dan upacara kematian orang bukan Islam serta kunjungan dan penganjuran majlis di rumah ibadat bukan Islam.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Ajinomoto kukuh komitmen gaya hidup sihat di NMM 2026

AJINOMOTO (Malaysia) Berhad memperkukuh komitmen dalam mempromosi pemakanan seimbang, gaya hidup aktif dan kesejahteraan masyarakat dengan sekali lagi tampil...

More Articles Like This