Pemerdagangan manusia: PM beri jaminan ambil tindakan terbaik selamatkan rakyat

Afiq Mohd. Shah
Afiq Mohd. Shah
Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

Dari Penulis

PERDANA Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob memberi jaminan bahawa kerajaan akan mengambil tindakan terbaik bagi menyelesaikan kes pemerdagangan manusia melibatkan rakyat Malaysia.

Dalam hantaran di Facebook, Perdana Menteri menegaskan tidak akan membiarkan rakyat Malaysia tanpa pembelaan.

Menurutnya, beliau telah menerima beberapa video menerusi laman media sosial TikTok mengenai aduan berhubung kes pemerdagangan manusia yang melibatkan rakyat Malaysia.

“Suka saya maklumkan bahawa kerajaan serius untuk menyelesaikan isu ini. Perkara ini telah dibincangkan dalam mesyuarat Kabinet pada bulan lepas.

“Kementerian Luar dan Kementerian Dalam Negeri telah diarahkan mengambil tindakan segera dan lebih agresif.

“Saya telah menghantar video ini kepada Menteri Luar (Datuk Seri Saifuddin Abdullah) dan Ketua Polis Negara (Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani) untuk tindakan segera seterusnya,” katanya dalam hantaran tersebut.

Baca artikel berkaitan: PM berlepas pulang selepas lawatan kerja ke New York, Abu Dhabi

Ismail Sabri dalam pada itu turut memuat naik tangkap layar video TikTok Setiausaha Agung Pertubuhan Kemasyarakatan Antarabangsa Malaysia Datuk Hishamuddin Hashim, yang merayu kerajaan mengambil tindakan segera berhubung perkara berkenaan.

Hishamuddin dalam video berdurasi 9.34 minit berkenaan yang dikongsi melalui akaun TikToknya, mahu supaya kerajaan membantu kedutaan Malaysia terutama di Laos, Kemboja dan Myanmar, dalam usaha membawa pulang rakyat Malaysia yang masih terperangkap di bawah sindiket pemerdagangan manusia.

Beliau turut merayu kerajaan meluluskan peruntukan khas kepada ketiga-tiga kedutaan bagi membantu pengurusan logistik dan kakitangan, termasuk memastikan kakitangan mencukupi selepas ketiga-tiga kedutaan itu terpaksa berkerja 24 jam bagi menjejak rakyat Malaysia yang masih terkandas di sana.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Kerajaan tanggung RM3.5 bilion kekalkan harga petrol, diesel minggu ini

HARGA runcit petrol dan diesel bagi minggu ini kekal tanpa sebarang perubahan meskipun kerajaan masih menanggung subsidi bahan api...

More Articles Like This