KPDN sasar anjur 243 PJRM Back to School sempena cuti sekolah

Azrul Hakimie Anuer
Azrul Hakimie Anuer
Penulis merupakan wartawan di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 18 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak/penyiaran/portal lain sejak tahun 2008. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama (perkembangan semasa/politik/sukan).

Dari Penulis

SETAKAT 8 Februari sebanyak 101 siri Program Jualan Rahmah Madani (PJRM) Back to School telah dilaksanakan oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN).

Menterinya Datuk Armizan Mohd Ali berkata, jumlah keseluruhan program yang disasarkan kementerian dalam tempoh pelaksanaan tersebut adalah sebanyak 243.

Jelasnya, PJRM Back to School telah bermula sejak 18 Januari lalu dan dijadualkan berakhir pada 16 Februari ini iaitu sepanjang tempoh cuti persekolahan.

“Sebagaimana yang diumumkan dalam Belanjawan 2025, peruntukan bagi pelaksanaan program-program di bawah inisiatif Payung Rahmah telah ditingkatkan daripada RM200 juta kepada RM300 juta.

“Sehubungan itu, KPDN terus memperkasa pelaksanaan program di bawah inisiatif ini termasuklah penambahbaikan dan peluasan kaedah dan golongan sasar bagi PJRM sedia ada.

“Justeru, bersempena dengan persediaan sesi persekolahan baharu 2025, KPDN telah memperluas pelaksanaan PJRM melalui penganjuran PJRM Back to School 2025,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Baca artikel lain: 3,000 rakyat Malaysia terima manfaat PSSS bergerak tahun lepas – Nancy

Armizan menambah, sebanyak 174 pasar raya, pusat beli-belah dan kedai pakaian terlibat melalui pelaksanaan secara dalam premis serta luar premis.

Ujarnya, pengguna boleh mendapatkan barangan kelengkapan persekolahan pada kadar diskaun antara 10 hingga 30 peratus lebih murah berbanding harga pasaran semasa.

“Terdapat 45 sehingga 70 stock keeping unit (SKU) ditawarkan seperti pakaian seragam sekolah, kasut sekolah, beg sekolah dan kelengkapan alat tulis.

“Orang ramai boleh merujuk Takwim PJRM melalui pautan https://www.kpdn.gov.my/index.php/ms/jualanrahmah untuk mengetahui tarikh dan lokasi PJRM Back to School yang akan dianjurkan,” katanya lagi.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Wanita ditahan selepas benarkan anak keluar kepala melalui sunroof

SEORANG wanita ditahan selepas membenarkan dua anak perempuannya mengeluarkan kepala melalui bumbung bukaan atau sunroof ketika kereta sedang bergerak,...

More Articles Like This