Polis buru warga emas menyamar tetamu di majlis kahwin larikan RM2,500

Azrul Hakimie Anuer
Azrul Hakimie Anuer
Penulis merupakan wartawan di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 18 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak/penyiaran/portal lain sejak tahun 2008. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama (perkembangan semasa/politik/sukan).

Dari Penulis

POLIS sedang memburu seorang wanita warga emas yang menyamar sebagai tetamu di majlis perkahwinan sebelum melarikan beg tangan berisi wang tunai RM2,500 di Kampung Tasek Berangan pada 1 Februari lalu.

Ketua Polis Daerah Pasir Mas, Asisten Komisioner Kama Azural Mohamed berkata, wanita warga emas itu dikenali sebagai Tuan Maimun Che Tuan dan dipercayai berusia 61 tahun.

Katanya, pihak polis mendapati alamat terakhir suspek adalah di Jalan Dusun Musa, Kota Bharu, Kelantan.

“Orang ramai yang mengenali atau mempunyai maklumat mengenai Tuan Maimun diminta menghubungi ASP Wan Noraida di 03-7932222,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Media sebelum ini melaporkan, seorang wanita yang dikatakan mengambil beg tangan mengandungi wang tunai berjumlah RM2,500 di majlis perkahwinan di Kampung Tasek Berangan, tular di media sosial.

Baca artikel lain: 3,000 rakyat Malaysia terima manfaat PSSS bergerak tahun lepas – Nancy

Kejadian itu berlaku pada pukul 12.42 tengahari 1 Februari lalu apabila wanita berkenaan dikatakan menyamar sebagai tetamu untuk menumpang tandas sebelum melarikan wang tunai.

Berdasarkan rakaman video kamera litar tertutup (CCTV) berdurasi 38 saat itu, wanita bertudung dan memakai baju kurung itu dilihat keluar dari tandas.

Wanita itu kemudiannya ke ruang tamu yang turut terdapat dua kanak-kanak bermain di ruang berkenaan.

Selepas itu, wanita berkenaan mengambil beg dipercayai milik tuan rumah yang mengandungi wang tunai RM2,500.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

UMNO-BN Negeri Sembilan sedia letak calon di semua 36 kerusi DUN

UMNO-Barisan Nasional (BN) Negeri Sembilan bersedia untuk meletakkan calon di semua 36 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang akan...

More Articles Like This