Hormati larangan pasang khemah di Port Dickson – Aminuddin

Dari Penulis

ORANG ramai diharap menghormati peraturan larangan pemasangan khemah awam di 11 pantai di Port Dickson.

Menteri Besarnya, Datuk Seri Aminuddin Harun berkata, peraturan itu dibuat bagi mengelakkan perkara yang tidak sepatutnya berlaku seperti isu kebersihan dan maksiat.

“Bagi saya kita sentiasa terbuka(terima pandangan) dan saya harap masyarakat menghormati peraturan yang telah dibuat.

“Kalau tiada peraturan, kita lagi susah. Kalau tiba-tiba esok, ada kes rogol dalam khemah, yang dipersalahkan nanti pihak berkuasa tempatan (PBT) dan Menteri Besar kerana telah bagi kebenaran,” katanya seperti dilapor Sinar Harian.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita pada Majlis Penyerahan Projek Baharu Masjid Taman Bukit Kepayang pada malam Isnin.

Menurutnya, pihaknya telah cuba menyelesaikan isu khemah biru yang menjadi rungutan ramai selama ini dengan tidak lagi membenarkan pemasangan khemah di pantai.

Baca artikel lain: Kanak-kanak 7 tahun ditemukan lemas di kolam renang

Namun apa yang dikesalkan kata Aminuddin, timbul pula isu ketidakpuasan hati berhubung larangan pemasangan khemah awam ditetapkan Majlis Perbandaran Port Dickson (MPPD) sehingga adanya saranan memboikot kawasan peranginan berkenaan.

“Kalau dulu, sampai kata kalau ada lagi khemah biru kita boikot. Tapi hari ini, bila kita kata semua tak boleh, itu pun nak boikot.

“Jadi mana satu saya nak ikut, saya pun tak tahu. Tapi tak bolehlah buat suka-suka, hari ini kita boleh pasang khemah, esok tak boleh,” katanya.

Ahli Parlimen Port Dickson itu berkata, apa yang pentingnya, masyarakat perlu diberi kesedaran bahawa pantai adalah milik umum dan pada masa sama perlu juga sensitif terhadap nasib para peniaga.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Sistem POS Johor tutup ruang ketirisan minyak masak subsidi

KEJAYAAN mekanisme Point of Sale (POS) di Johor dalam memperkemas rantaian pengedaran minyak masak peket bersubsidi serta mengurangkan ketirisan...

More Articles Like This