Tembakan di Setia Alam: Polis yakin berkas suspek dalam masa terdekat

Dari Penulis

POLIS yakin dapat memberkas lelaki bersenjata yang terlibat dalam insiden tembakan di sebuah pusat beli-belah di Setia Alam dalam masa terdekat.

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, suspek telah dikenal pasti dan usaha mengesannya giat dijalankan.

“Lain-lain perkara tidak dapat didedahkan lagi buat masa ini kerana ia boleh menjejaskan usaha memburu suspek.

“Suspek telah dikenal pasti susulan kejadian itu dan operasi memburunya sedang dilakukan. Kita yakin akan menangkap suspek dalam masa terdekat,” katanya seperti dilapor Sinar Harian.

Baca artikel lain: Projek dalamkan dasar Sungai Sebiew perlu disegerakan – Tiong

Dalam insiden pada Sabtu, suspek warga tempatan berusia lingkungan 30-an telah melepaskan empat das tembakan terhadap seorang lelaki yang bekerja sebagai tukang cuci di pusat beli-belah itu semasa berada di aras P1.

Mangsa yang cedera di punggung dan kaki telah menyelamatkan diri masuk ke dalam pusat beli-belah berkenaan, manakala suspek melarikan diri ke tingkat P2.

Suspek kemudian menahan sebuah Perodua Ativa dan mengacukan pistol sebelum mengarahkan untuk membawanya keluar dan turun di tepi lebuh raya lalu menghilangkan diri.

Polis mengesahkan suspek terbabit memiliki 11 rekod lampau bersabit kes jenayah serta dadah.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Pemandu terlibat kemalangan 2 kenderaan di Johor Bahru disahkan punya rekod rawatan psikiatrik

POLIS mengesahkan salah seorang pemandu kenderaan yang terlibat dalam kemalangan di Jalan Lingkaran Dalam, Johor Bahru seperti tular di...

More Articles Like This