SURUHANJAYA Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) mengambil langkah proaktif dengan mengarahkan penyedia perkhidmatan untuk memastikan perkhidmatan telekomunikasi berjalan lancar bersempena dengan sambutan Thaipusam di Batu Caves, Selangor.
Timbalan Menteri Komunikasi, Teo Nie Ching berkata bagi memastikan sambutan Thaipusam di Batu Caves berjalan lancar tanpa sebarang isu rangkaian, MCMC bersama penyedia perkhidmatan utama telah menjalankan penilaian rangkaian menyeluruh di kawasan itu sejak 5 Feb lepas.
“Dengan jangkaan lebih 1.8 juta pengunjung ke Batu Caves, termasuk pelancong dari luar negara bersempena dengan Thaipusam tahun ini, kesalinghubungan yang stabil amat penting.
Baca artikel lain: Kisah di sebalik laungan ‘Vel! Vel! semasa perayaan Thaipusam
“Ia bagi membolehkan semua pihak kekal berhubung bukan sahaja untuk berkomunikasi dengan keluarga, berkongsi pengalaman, tetapi juga bagi memastikan akses kepada maklumat penting sepanjang acara berlangsung,” katanya menerusi hantaran di Facebook hari ini.
Penganut Hindu menyambut Thaipusam hari ini bagi memperingati peristiwa Dewa Murugan menerima lembing suci daripada ibunya Dewi Parvati bagi menghapuskan kuasa jahat Soorapadman dan mengembalikan kemakmuran serta kesejahteraan manusia.
— BERNAMA
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

