Dua wanita rugi RM50,000 disamun lelaki berparang

Dari Penulis

DUA wanita menanggung kerugian hampir RM50,000 selepas disamun di sebuah runcit di Bandar Parklands, Klang, petang kelmarin. 

Video penuh klik link

https://t.me/infoutusantv/9194

Ketua Polis Daerah Klang Selatan Asisten Komisioner Cha Hoong Fong berkata kejadian berlaku kira-kira 2 petang apabila premis terbabit dimasuki seorang lelaki bersenjatakan parang dan meluru ke arah seorang pelanggan wanita berusia 59 tahun. 

Beliau berkata lelaki itu mengugut mahu memotong rantai dipakai wanita itu jika enggan bekerjasama, selain menendang mangsa.  

“Apabila suspek menghampiri mangsa kedua iaitu pekerja kedai runcit itu, mangsa yang berusia 28 tahun berasa takut dan terus membaling rantai leher dipakainya kepada suspek. 

“Suspek kemudian melarikan diri dengan menaiki sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV) berwarna kelabu dengan nombor pendaftaran palsu, yang dipandu seorang lagi suspek,” katanya dalam kenyataan.

Cha berkata kedua-dua wanita itu tidak mengalami kecederaan dan kes sedang disiasat di bawah Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan. 

Terdahulu, tular rakaman kamera litar tertutup memaparkan seorang lelaki bertopeng dan bersenjatakan parang menyerbu sebuah kedai runcit lalu bertindak menyamun dua wanita. 

— BERNAMA 

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Proton S70, pembiayaan fleksibel pacu transformasi industri teksi negara – Loke

KERAJAAN memperkenalkan pendekatan baharu bagi mentransformasikan industri teksi negara menerusi penggunaan Proton S70 sebagai teksi generasi baharu, penyediaan pakej...

More Articles Like This