Keberkesanan Dasar Inovasi Sosial, jumlah anggota tentera wanita antara tumpuan Dewan Rakyat

Dari Penulis

KEBERKESANAN pelaksanaan Dasar Inovasi Sosial (DIS), jumlah anggota tentera wanita, dan status terkini pengenalan Common Bar Course/Common Bar Exam di Malaysia menjadi antara tumpuan persidangan Dewan Rakyat hari ini.

Menurut Aturan Urusan Mesyuarat di laman sesawang Parlimen, Datuk Seri Hasni Mohammad (BN-Simpang Renggam) mengajukan soalan kepada Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi mengenai cabaran utama dalam memastikan keberkesanan pelaksanaan DIS di peringkat komuniti, khususnya dalam merapatkan jurang ketidaksamarataan sosial dan ekonomi.

Dr Siti Mastura Muhammad (PN-Kepala Batas) pula meminta Menteri Pertahanan menyatakan jumlah anggota tentera wanita yang masih berkhidmat dalam sektor darat, udara, dan laut serta bilangan anggota yang dihantar ke misi kemanusiaan di peringkat antarabangsa.

Sementara itu, Chiew Choon Man (PH-Miri) meminta Perdana Menteri memberikan status terkini usaha Lembaga Kelayakan Profesion Undang-Undang dalam memperkenalkan Common Bar Course/Common Bar Exam di Malaysia serta langkah-langkah yang telah diambil sejak tahun lepas sehingga kini.

Baca artikel lain: Mangsa banjir di Sabah, Sarawak berkurangan kepada 1,109 orang malam ini

Dalam sesi sama, Dr Halimah Ali (PN-Kapar) meminta Menteri Perpaduan Negara menjelaskan sama ada kementerian mempunyai garis panduan untuk jabatan dan agensi kerajaan mengenai aktiviti yang membabitkan unsur keagamaan dan berpotensi mencetuskan ketegangan antara kaum.

Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail (PH-Bandar Tun Razak) pula meminta Perdana Menteri menyatakan langkah yang diambil kerajaan untuk merancakkan pembangunan perumahan mampu milik di kawasan bandar seperti Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan.

Persidangan Dewan Rakyat kemudiannya menyambung sesi perbahasan usul Menjunjung Kasih Titah Diraja.

Persidangan Dewan Rakyat berlangsung selama 18 hari hingga 6 Mac ini.

— BERNAMA

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Mahfuz dakwa Onn Hafiz kaitkan istana dengan politik

NAIB Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Mahfuz Omar menegur tindakan Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi yang mengaitkan...

More Articles Like This