Kementerian Digital giat jadikan Malaysia peneraju serantau ekonomi digital – Menteri

Dari Penulis

KEMENTERIAN Digital giat berusaha mencapai hasrat kerajaan untuk menjadikan Malaysia sebagai peneraju ekonomi digital di rantau Asia Tenggara.

Menteri Digital, Gobind Singh Deo berkata hal itu merangkumi meningkatkan liputan jalur lebar, memperkasakan kemahiran digital dan menggalakkan inovasi dalam sektor teknologi.

“Saya yakin dengan kerjasama semua pihak, kita dapat mencapai matlamat ini dan memastikan tiada sesiapa yang terpinggir dalam era digital.

“Saya juga percaya dengan membekalkan orang ramai pengetahuan dan kemahiran digital, rakyat Malaysia akan lebih berdaya saing dalam ekonomi digital yang semakin berkembang,” katanya berucap pada lawatan ke Kuil Arulmigu Balathandayuthapani sempena Thaipusam, semalam.

Turut hadir Ketua Menteri Pulau Pinang, Chow Kon Yeow, Menteri Sumber Manusia, Steven Sim dan veteran DAP, Tan Sri Lim Kit Siang.

Dalam pada itu, Gobind berkata perpaduan dan semangat muhibah yang ditonjolkan oleh masyarakat majmuk merupakan antara keistimewaan dan menjadi resipi dalam menjaga keharmonian di negara ini, sekali gus memastikan kemajuan sosioekonomi semua kaum terpelihara.

Baca artikel lain: PH-BN siap sedia jadi ‘kerajaan menanti’ di Kedah

Katanya, kemajuan itu juga perlu bergerak seiring dengan pembangunan digital negara sama ada dalam sektor kecerdasan buatan (AI) mahupun animasi dan untuk mencapai hasrat itu, kerajaan MADANI terus komited memastikan tiada siapa ketinggalan.

“Bagi memenuhi aspirasi itu, Kementerian Digital tekad untuk menyokong dan menolong masyarakat India di Malaysia.

“Sepanjang tahun lepas, kami telah menghulurkan bantuan kepada kuil-kuil, persatuan-persatuan India serta sekolah-sekolah Tamil di seluruh negara.

“Ini merupakan antara inisiatif Kementerian Digital dalam membantu masyarakat India di Malaysia, sejajar dengan komitmen berterusan kerajaan MADANI untuk meraikan kepelbagaian dan keharmonian rakyat Malaysia,” katanya.

Gobind berkata pemberian bantuan akan diteruskan tahun ini dan usaha itu merupakan tambahan daripada inisiatif serta program yang dijalankan oleh agensi di bawah Kementerian Digital.

— BERNAMA

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Dua lelaki rakyat Malaysia cedera terkena letupan bom di Tak Bai

DUA lelaki warga Malaysia dilaporkan cedera selepas terkena letupan bom dalam satu kejadian di Lebuhraya 42, Kampung Phrai Wan,...

More Articles Like This