CALON Duta Besar Malaysia ke Amerika Syarikat (AS) yang baharu bagi menggantikan Datuk Seri Nazri Aziz telah pun dimuktamadkan.
Bagaimanapun, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan, pelantikan Duta Besar Malaysia ke AS itu memerlukan perkenan Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim terlebih dahulu.
Pada masa sama, Perdana Menteri tidak menolak kemungkinan calon tersebut akan diperkenan sebaik beliau kembali untuk lawatan rasmi ke Bahrain, minggu hadapan.
“Ada calon tapi prosesnya itu seperti biasa iaitu akan diperkenan oleh Yang di-Pertuan Agong.
“Insya-Allah, bila saya balik dari Bahrain baru dapat perkenan,” katanya seperti dilapor BH Online.
Perdana Menteri berkata demikian kepada pemberita selepas menunaikan solat Jumaat di Masjid As-Salam, Puchong, hari ini.
Baca artikel lain: Pindaan Akta Perhimpunan Aman 2012 reformasi penting selaras prinsip MADANI – PM
Minggu lalu, bekas Ahli Parlimen Bangi, Ong Kian Ming, mencadangkan lima nama untuk dipertimbang sebagai duta Malaysia ke AS, termasuk Nurul Izzah Anwar dan Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz.
Calon lain ialah bekas pengerusi CIMB, Tan Sri Nazir Razak; bekas Ahli Parlimen, Yusmadi Yusoff; dan Pengerusi Institut Kajian Strategik dan Antarabangsa Malaysia, Faiz Abdullah.
Kian Ming dilaporkan berkata, Faiz banyak memberi input penting kepada perdana menteri mengenai dasar luar, manakala Nurul Izzah adalah pembantu utama dan Tengku Zafrul membuktikan dirinya sebagai menteri yang dipercayai Anwar.
Nazir dikenali sebagai tokoh korporat berpengaruh, manakala Yusmadi adalah ahli lama dalam ‘kumpulan kecil individu dipercayai’ Anwar.
Pada 8 Februari lalu, Duta Malaysia ke AS, Datuk Seri Nazri Aziz, mengesahkan tempoh perkhidmatannya selama dua tahun sudah berakhir.
Beliau menyatakan pelantikannya adalah secara politik dan bukan diplomat kerjaya.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

