Dua beradik hilang dari rumah di Seri Kembangan

Afiq Mohd. Shah
Afiq Mohd. Shah
Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

Dari Penulis

DUA beradik dilaporkan hilang dari kediaman mereka di sebuah pangsapuri di Taman Harmoni 5, Seri Kembangan sejak Jumaat lalu.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Naazron Abdul Yusof memaklumkan, pihaknya menerima laporan berhubung kehilangan dua beradik berusia 15 dan 10 tahun itu daripada ibu mereka.

Katanya, laporan polis telah dilakukan ibu mereka pada pukul 2.48 pagi, semalam.

“Dua individu yang dilaporkan hilang ialah Nur Syafiqah Elliana Muhammad Rizuan Sebastian, 15 tahun dan adiknya, Muhammad Adam Mikhail Muhammad Rizuan Sebastian, 10 tahun.

“Nur Syafiqah Elliana mempunyai ketinggian lebih kurang 140cm, berbadan kurus, berambut pendek dan kali terakhir dilihat memakai baju panas berwarna gelap, seluar tracksuit panjang warna gelap serta selipar Crocs warna ungu.

Baca artikel lain: Mayat dua beradik lemas di Bachok ditemui

“Muhammad Adam Mikhail pula mempunyai ketinggian sekitar 135cm, berbadan kurus dan berambut pendek,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Mengulas lanjut, Naazron berkata, kedua-dua mereka kali terakhir dilihat di alamat terakhir mereka di No. 2-03, Blok Mawar, Taman Harmoni 5, Seri Kembangan.

Justeru, beliau meminta kerjasama orang ramai untuk membantu menyalurkan sebarang maklumat berkaitan kedua-dua orang hilang terbabit.

Orang ramai boleh menghubungi Pegawai Penyiasat Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kajang, Sarjan B Karunagaran di talian 012-2449414 atau IPD Kajang di talian 03-89114222.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Gempa kuat landa Mindanao, gegaran dirasai di Semporna

GEMPA bumi kuat bermagnitud 6.8 melanda Mindanao, Filipina pada pukul 7.34 malam tadi. Menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia), gegaran turut...

More Articles Like This