Nelayan hilang di Tanjung Leman ditemui terdampar, meninggal dunia

Azrul Hakimie Anuer
Azrul Hakimie Anuer
Penulis merupakan wartawan di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 18 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak/penyiaran/portal lain sejak tahun 2008. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama (perkembangan semasa/politik/sukan).

Dari Penulis

SEORANG nelayan tempatan yang dilaporkan hilang ketika menjaring ikan di perairan Tanjung Leman malam semalam ditemukan meninggal dunia oleh penduduk kampung di Pantai Tanjung Rhu, awal pagi tadi.

Pengarah Zon Maritim Mersing, Komander Maritim Suhaizan Saadin memaklumkan, pihaknya menerima maklumat kejadian pada 9.25 malam melalui Maritime Rescue Sub Centre (MRSC) Johor Bahru susulan aduan dibuat oleh adik mangsa menerusi talian kecemasan 999.

“Operasi mencari dan menyelamat (CARILAMAT) digerakkan segera sebaik maklumat diterima bagi memastikan pencarian dilaksanakan secara pantas dan berkesan,” katanya menerusi hantaran di Facebook Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia, hari ini.

Menurut beliau, berdasarkan maklumat rakan mangsa, lelaki berkenaan dipercayai terjatuh ke laut ketika melakukan aktiviti menjaring ikan.

Suhaizan berkata, bot milik mangsa kemudian ditemui dalam keadaan tersangkut pada jaring tanpa kehadiran mangsa di lokasi kejadian.

Susulan itu, tim darat Op JAKSA / Op TIRIS 3.0 Zon Maritim Mersing digerakkan ke lokasi berikutan keadaan air surut serta kawasan berbatu bagi melaksanakan pencarian awal di sekitar pesisir pantai Tanjung Rhu.

Mangsa yang dikenali sebagai Mohamad Shah Mohd Yasin, 41, ditemukan oleh penduduk kampung pada 2 pagi dalam keadaan terdampar dan disyaki telah meninggal dunia.

Dalam pada itu, Suhaizan menasihatkan komuniti nelayan agar sentiasa mengutamakan aspek keselamatan ketika berada di laut termasuk memakai peralatan keselamatan yang bersesuaian bagi mengelakkan kejadian tidak diingini.

Beliau turut merakamkan penghargaan kepada semua agensi terlibat termasuk Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Jabatan Perikanan Malaysia, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), Polis Diraja Malaysia (PDRM) serta Tentera Darat Malaysia atas kerjasama dalam operasi berkenaan.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Polis sahkan Haim Hilman digari, tegaskan ikut prosedur

POLIS mengesahkan Exco Industri dan Pelaburan, Pengajian Tinggi, Sains, Teknologi dan Inovasi Kedah, Dr Haim Hilman Abdullah berada dalam...

More Articles Like This