Tuntutan palsu: Ketua balai bomba di Perlis dilepaskan dengan jaminan SPRM

Dari Penulis

SEORANG ketua balai bomba di Perlis yang direman enam hari sehingga hari ini untuk membantu siasatan kes mengemukakan tuntutan palsu berkaitan kehadiran kerja anggota bantuan balai itu, dilepaskan dengan jaminan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Menurut sumber SPRM penjawat awam lelaki berusia 49 tahun itu dilepaskan pada Jumaat lepas, namun siasatan terperinci mengenai kes itu masih diteruskan dari semasa ke semasa oleh SPRM Perlis.

Selasa lalu media melaporkan lelaki itu ditahan reman enam hari bagi membantu siasatan kes mengemukakan tuntutan palsu itu yang dipercayai antara November 2023 hingga Februari 2024, melibatkan jumlah keseluruhan kira-kira RM30,000.

Baca artikel lain: Sesi persekolahan 2025/2026 di Kedah, Terengganu, Kelantan bermula hari ini

Lelaki itu disyaki menyalah guna kuasa dengan mengarahkan 15 anggota bantuan membuat tuntutan elaun kehadiran kerja walaupun tidak hadir bertugas, sebelum bayaran itu diberikan kepadanya untuk kegunaan peribadi.

Sementara itu Pengarah SPRM Perlis, Mohd Nor Adha Ab Gani, ketika dihubungi mengesahkan penjawat awam itu dilepaskan dengan jaminan SPRM dan memberitahu kes itu disiasat mengikut Seksyen 18 Akta SPRM 2009.

— BERNAMA

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

PRN Johor: Kempen makin panas, billboard calon PH dirosakkan pihak tertentu – Nie Ching

KEHANGATAN Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor semakin terasa apabila beberapa insiden sabotaj terhadap kempen calon Pakatan Harapan (PH) dilaporkan...

More Articles Like This