Mitra Tours & Travel telah menyaksikan perkembangan luas biasa dalam industri pelancongan sepanjang tahun 2024 dan seramai 15 ejen telah diiktiraf menerusi Mitra Tours & Travel Wholesale Agents Award Appreciation pada hari ini.
Pengarah Urusan Kumpulan Syarikat Mitra, Dr. Fazil Khan berkata, majlis penghargaan khas ini diadakan bagi meraikan kejayaan sub-ejen yang telah mencapai pencapaian jualan luar biasa sepanjang tahun 2024.

“Anugerah ini bagi menghargai ejen yang menjadi sahabat karib Mitra, mereka sentiasa menyokong kami dalam membantu pertumbuhan syarikat. Kami sentiasa memberikan harga yang kompetitif buat pelanggan dan menyebabkan perkhidmatan kami sentiasa menjadi pilihan.
“Buat masa ini Mitra mempunyai lebih 170 ejen seluruh Malaysia. Mitra memberikan fokus kepada ejen yang memerlukan sokongan untuk memajukan bisnes seperti aplikasi yang diperkenalkan hari ini, eSwift 2.0,” katanya ketika sesi sidang media.

Dalam majlis yang sama, Mitra Tours & Travel turut melancarkan eSwift 2.0, sebuah platform tempahan dalam talian yang direka khas untuk memberikan kemudahan kepada rakan niaga pelancongan.
Sistem ini menawarkan antara muka mesra pengguna dengan pelbagai ciri canggih, termasuk tempahan penerbangan, penginapan hotel, serta alat carian yang berkuasa untuk mempercepatkan proses tempahan.
“Antara kelebihan utama eSwift 2.0 ialah kebolehannya untuk digunakan oleh individu dengan pengalaman tiket yang minimum, menjadikannya mudah untuk diakses oleh semua golongan dalam industri ini. Selain itu, platform ini juga menyediakan sokongan pelanggan 24 jam seminggu, memastikan bantuan sentiasa tersedia untuk pengguna pada bila-bila masa.
“Menerusi eSwift 2.0, ejen Mitra boleh menyesuaikan platform ini mengikut jenama dan ekosistem mereka sendiri. Dengan pilihan ini, agensi pelancongan boleh memperluaskan perkhidmatan mereka bukan sahaja kepada B2B, namun kepada pelanggan B2C dengan pengalaman tempahan yang diperibadikan sepenuhnya.
“Malah harga kompetitif yang cukup berbaloi boleh ditawarkan terus kepada pengguna akhir. Aplikasi ini mesra pengguna dan merupakan ‘one-stop’center’ kerana semua senarai harga tiket syarikat penerbangan akan dipaparkan dalam satu sistem dan pengguna boleh memilih mana yang mengikut bajet masing-masing.
“Buat masa ini, kami antara pelopor dalam menyediakan sistem tempahan dan yang pertama menyediakan penyelesaian white-label kepada agensi.
Tambah Dr Fazil, pelancaran eSwift 2.0 ini juga merupakan langkah strategik dalam usaha syarikat untuk menyediakan penyelesaian teknologi yang lebih cekap dan sejajar dengan perkembangan industri pelancongan global.
“Untuk agensi yang baru sahaja mula bertapak dan tiada sistem atau tidak berkemampuan untuk menyediakan sistem, InsyaAllah Mitra akan bantu.
“Kami yakin bahawa inovasi ini akan membantu rakan niaga kami meningkatkan kecekapan operasi serta memberikan pengalaman tempahan yang lebih baik kepada pelanggan mereka,” katanya lagi.
Untuk maklumat lanjut mengenai eSwift 2.0 dan cara penggunaannya, orang ramai boleh menghubungi Mitra Tours & Travel di talian 03-2779 1313 atau e-mel ke [email protected]. Maklumat lanjut juga boleh didapati di laman web rasmi, www.mitra.travel.

