Polis siasat ukiran wajah Mao Zedong, puisi ideologi komunisme di Semenyih

Dari Penulis

POLIS mengesahkan telah menerima satu laporan polis berhubung ukiran wajah Pengerusi Parti Komunis Cina, Mao Zedong pada batu bersama tulisan berideologi komunis di sebuah kawasan memorial dekat Semenyih, Selangor.

Video penuh klik link

https://t.me/infoutusantv/9299

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Naazron Abdul Yusof berkata, pihaknya menerima laporan mengenai kejadian daripada seorang wanita tempatan berusia 40 tahun pada pukul 4.16 petang kelmarin.

“Siasatan lanjut sedang dijalankan ke atas aduan tersebut secara menyeluruh termasuk video tular berdurasi 2 minit 12 saat yang membahaskan isu terbabit,” katanya dalam satu kenyataan.

Kes disiasat di bawah Seksyen 505(b) Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi Multimedia 1998.

Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian boleh menghubungi Pegawai Penyiasat kes Inspektor Ahmad Rahmat Adnan di talian 014-5156933 bagi membantu siasatan.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Gempa bumi Mindanao: Malaysia sedia hulur bantuan, PM jamin pantau keadaan

MALAYSIA bersedia menghulurkan apa sahaja bantuan yang diperlukan susulan gempa bumi kuat bermagnitud 7.9 melanda Mindanao, selatan Filipina, pagi...

More Articles Like This