POLIS mengesahkan suspek yang melepaskan tembakan sempat melarikan diri ke selatan tanah air sebelum ditembak mati di Pulau Ketam awal pagi tadi.
Video penuh klik link
https://t.me/infoutusantv/9293
Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, suspek berbangsa Cina berusia 30-an turut melakukan lima kes jenayah selepas insiden melepaskan tembakan di pusat beli-belah di Setia Alam, pada 8 Februari lalu.
Katanya, suspek yang memiliki 15 kes jenayah lampau bertindak berpatah balik ke Banting sebelum dikesan di kawasan Sabak Bernam dua hari lepas.
“Ketika berada di Sabak Bernam, suspek sempat melakukan lima jenayah termasuk samun, pecah rumah, curi motosikal dan menunjukkan senjata api,” katanya dalam satu sidang media di Pulau Ketam hari ini.
Jelasnya, suspek yang tidak mempunyai kenderaan sendiri itu juga telah bergerak dari satu lokasi ke lokasi lain dengan cara menaiki pengangkutan orang awam dengan mengugut kenderaan e-hailing, pemandu lori dan mencuri motosikal.
“Semakan mendapati jenayah pertama yang dilakukan oleh suspek adalah pada tahun 2014. Suspek juga pernah melakukan jenayah dengan beberapa rakan dan dipercayai terlibat dalam kes samun kedai emas di Kajang, Klang serta beberapa tempat lagi.
“Bagaimanapun suspek mula melakukan jenayah secara sendiri dan memiliki senjata api pada pertengahan tahun lepas,” katanya.
Hussein berkata, pihaknya juga percaya motif tembakan di pusat beli-belah Setia Alam adalah untuk melakukan samun di kedai emas atau premis.
Terdahulu UtusanTV melaporkan, suspek ditembak mati pukul 3 pagi tadi dalam kejadian berbalas tembakan dengan polis di sebuah bilik hotel dekat Pulau Ketam.
Hasil pemeriksaan polis turut ditemui dua pucuk senjata api berisi peluru bersama suspek.
Dalam kejadian 8 Februari lalu, suspek dilapor melepaskan empat das tembakan terhadap seorang tukang cuci.
Mangsa cedera di punggung dan kaki sebelum melarikan diri dengan menahan sebuah kereta jenis Perodua Ativa milik seorang pengunjung.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

