SYARIKAT bumiputera dalam industri perkayuan tempatan perlu bekerjasama dengan syarikat bukan bumiputera bagi memperluasĀ pasaran dan mengukuhkan daya saing mereka, kata Menteri Perladangan dan Komoditi Datuk Seri Johari Abdul Ghani.
Beliau turut menekankan kepentingan untuk mewujudkan ekosistem yang dapat membantu syarikat bumiputera bersaing khususnya melalui rangkaian bekalan yang kukuh.
āMereka (syarikat bumiputera) perlu bekerjasama dengan syarikat bukan bumiputera yang berjaya dalam negara berikutan mereka mempunyai rantaian bekalan.
“Banyak reka bentuk, idea yang datang daripada syarikat bumiputera ini tidak boleh kita realisasikan kalau kita tiada rantaian bekalan.
āKita tidak boleh in silo (bekerja sendiri) dalam dunia perniagaan ini. Perniagaan itu bersifat universal,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Simposium Pemerkasaan Bumiputera Dalam Industri Perkayuan di sini hari ini.
Johari berkata sebagai komitmen kerajaan untuk memperkasakan penyertaan usahawan bumiputera, kerajaan melalui Lembaga Perindustrian Kayu Malaysia telah memperuntukkan RM44.7 juta di bawah Rancangan Malaysia ke-10 dan ke-12 bagi membekalkan mesin berteknologi tinggi kepada usahawan bumiputera.
Inisiatif itu telah memberi manfaat kepada 175 usahawan melibatkan 319 unit mesin yang telah dibekalkan.
Selain itu, Johari berkata kementerian melalui CTCS Worldwide Sdn Bhd, anak syarikat milik penuh MTIB dalam perbincangan dengan Kementerian Kewangan untuk mewujudkan semula Program Pemasaran Perabot Bersepadu Bumiputera bagi Kontrak Panel Berpusat.
Terdahulu, Johari memaklumkan bahawa nilai eksport produk perkayuan negara meningkat 4.9 peratus kepada RM22.9 bilion tahun lepas berbanding 2023.
Beliau berkata industri perkayuan adalah penyumbang eksport ketiga terbesar bagi produk agrikomoditi selepas minyak sawit (RM114.4 bilion) dan getah (RM33.7 bilion), dengan destinasi utama eksport termasuk Amerika Syarikat, Eropah dan Asia.
Simposium anjuran Persatuan Pengusaha Kayu-Kayan dan Perabot Bumiputera Malaysia (PEKA) dengan kerjasama Lembaga Perindustrian Kayu Malaysia (MTIB) dan Majlis Kayu Malaysia (MTC) itu diadakan susulan sesi libat urus bersama-sama usahawan bumiputera tahun lepas.
— BERNAMA
Jadikan UtusanTV āshortcutā muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik āAdd to Homescreenā
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

