Tiga maut selepas konsert ambang tahun baharu disahkan akibat dadah, kata polis

Dari Penulis

POLIS mengesahkan tiga daripada empat mangsa yang meninggal dunia semasa menghadiri sebuah konsert ambang tahun baharu di Bandar Sunway, Subang Jaya pada 31 Dis lepas adalah akibat pengambilan dadah stimulan.

Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata ia berdasarkan laporan patologi diterima dan pihaknya masih menunggu laporan seorang lagi mangsa untuk melengkapkan siasatan.

“Setakat ini 53 saksi telah dirakam percakapan dan siasatan masih diteruskan serta akan dirujuk kepada koroner setelah siasatan lengkap,” katanya dalam satu kenyataan hari ini. 

Beliau berkata seorang lagi mangsa masih berada di hospital dan dalam keadaan stabil serta memerlukan pemantauan rapi. 

Sebelum ini Hussein dilaporkan berkata siasatan awal polis mendapati dua lelaki dan dua wanita meninggal dunia selepas menghadiri sebuah konsert di Bandar Sunway, pada ambang tahun baharu disyaki mengambil dadah jenis ekstasi.

Selain empat mangsa terbabit, terdapat tiga lagi mangsa yang dirawat di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) dan Hospital Kuala Lumpur (HKL) dilaporkan mempunyai simptom sama seperti mangsa yang maut. 

— BERNAMA 

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Dua anggota MALBATT cedera akibat serangan udara di Lubnan

DUA anggota Batalion Malaysia (MALBATT) 850-13 cedera ringan selepas konvoi logistik yang mereka sertai terkena kesan sampingan daripada satu...

More Articles Like This