‘JODOH’ bekas Delegasi LaLiga di Malaysia, Giorgio Pompili Rossi bersama Liga Bolasepak Malaysia (MFL) tidak panjang apabila disahkan meninggalkan pentadbir liga Malaysia itu.
Perkara itu disahkan MFL dalam kenyataan hari ini.
Ini bermakna Pompili Rossi hanya sempat bertahan selama lima bulan sebagai Ketua Pegawai Eksekutif MFL.
Menurut MFL, jawatan Pompili Rossi itu akan dipikul buat sementara oleh Ketua Pegawai Operasi MFL, Mohd Shazli Shaik Mohd.
“Malaysian Football League (MFL) hari ini mengesahkan bahawa Ketua Pegawai Eksekutif, Giorgio Pompili Rossi tidak lagi bersama MFL.
“Kedua-dua pihak kini dalam proses perbincangan untuk tindakan seterusnya.
“Buat sementara ini, operasi sekretariat MFL akan diterajui oleh Ketua Pegawai Operasi (COO) MFL, Mohd Shazli Shaik Mohd,” katanya dalam kenyataan itu hari ini.
Baca artikel lain: Giorgio Pompili Rossi diumum CEO baharu MFL
Pompili Rossi merupakan individu dari luar negara yang pertama dilantik sebagai Ketua Pegawai Eksekutif MFL.
Beliau melengkapkan carta organisasi MFL menggantikan posisi Datuk Stuart Ramalingam yang telah tamat kontrak selaku Ketua Pegawai Eksekutif pada 31 Ogos tahun lalu.
Pompili Rossi memulakan kerjaya pada tahun 2013 dengan menyertai agensi komersial kelab Serie A dan meneruskan tugas di Sepanyol bersama Valencia CF sebelum menyertai LaLiga pada tahun 2017.
Beliau mula bertapak di Malaysia sebagai Delegasi LaLiga pada tahun 2017 hingga 2021 di mana beliau memainkan peranan penting dalam membangunkan jenama liga Sepanyol dan mempromosikan kelab-kelab Sepanyol dalam kalangan peminat bola sepak di negara ini.
Selepas itu, beliau melebarkan sayapnya sebagai Delegasi LaLiga Thailand yang berpangkalan di Bangkok sejak 2021 serta turut menjalankan operasi di Laos, Kemboja dan Myanmar.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital.
Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016.
Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

