YEF MSIA bantu remaja tanpa waris, asnaf lanjut pelajaran

Dari Penulis

YOUTH Empowerment Foundation Malaysia (YEF MSIA) komited untuk terus membantu remaja tanpa waris dan anak asnaf memperoleh pendidikan serta latihan kemahiran bagi membina masa depan lebih baik.

Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah YEF MSIA, Datin Che Asmah Ibrahim memaklumkan, pihaknya sentiasa berusaha bagi memastikan remaja tanpa waris dan anak-anak asnaf itu tidak tercicir daripada sistem pendidikan.

Menurut beliau, YEF MSIA menyediakan rumah transit alternatif dan sistem sokongan yang diperlukan.

“Kami berusaha memberi peluang kepada mereka yang tiada tempat bergantung.

“Dengan menyediakan bimbingan, pendidikan dan latihan, kami mahu memastikan setiap remaja yang kami bantu dapat berdikari dan memperoleh pekerjaan yang lebih baik,” katanya dalam kenyataan.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif YEF MSIA, Annie Othman berkata, yayasan tersebut bukan sahaja menyediakan bantuan kewangan dan elaun sara hidup tetapi turut memberi bimbingan moral, kaunseling serta sokongan psikososial bagi membentuk personaliti yang lebih cemerlang.

“Pendidikan dan latihan kemahiran adalah kunci utama dalam mengubah kehidupan mereka.

Baca artikel lain: Yayasan Bank Rakyat, UKKM meterai MoU tajaan biasiswa bernilai RM4.08 juta

“Oleh itu, kami sentiasa mencari peluang terbaik untuk membantu mereka melanjutkan pelajaran, sama ada di universiti, kolej teknikal atau institusi latihan industri,” jelasnya.

Yayasan tersebut telah ditubuhkan pada tahun 2009 oleh Allahyarham Che Rozi Azrul Che Aziz dan sebelum ini dikenali sebagai Yayasan J’Keb Malaysia.

YEF MSIA didaftarkan secara rasmi di bawah Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang (BHEUU), Jabatan Perdana Menteri pada tahun 2015.

Antara inisiatif utama yang dijalankan secara tahunan ialah Program Intervensi YEF MSIA 2025, yang bertujuan membangunkan jati diri dan meningkatkan keyakinan pelatih sebelum mereka melanjutkan pelajaran atau memasuki alam pekerjaan.

Selain itu, Program Kembali ke Sekolah diwujudkan bagi memastikan pelajar daripada keluarga kurang berkemampuan memperoleh kelengkapan pendidikan yang mencukupi.

Sejak 2019, YEF MSIA telah membantu 136 remaja melalui program latihan mereka, dengan 42 daripadanya berjaya menamatkan pelajaran dan latihan industri, manakala 94 masih meneruskan pengajian di pelbagai peringkat.

Kesemua pelatih yang tamat pengajian telah memperoleh pekerjaan dengan pendapatan setimpal, manakala sebahagian daripada mereka memilih untuk melanjutkan pengajian ke peringkat lebih tinggi di bawah sokongan yayasan.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Nasib Syed Saddiq sama ada kekal bebas atau dipenjara diketahui hari ini

NASIB Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman sama ada kekal bebas atau dijatuhi hukuman penjara akan diketahui...

More Articles Like This