SERAMAI 383,637 peminjam masih gagal memulakan bayaran balik pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) masing-masing.
Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir memaklumkan, jumlah keseluruhan tunggakan bayaran balik kesemua peminjam yang masih belum mula membayar itu mencecah RM5.25 bilion.
Kata beliau, jumlah tersebut adalah sehingga 31 Disember lalu.
Bagi tempoh sama, Zambry berkata, seramai 2,448,105 peminjam telah membuat bayaran balik pinjaman.
“Daripada jumlah tersebut, seramai 1,044,595 peminjam telah menyelesaikan pinjaman mereka secara keseluruhannya.
“Seramai 585,638 peminjam sedang membuat bayaran balik secara konsisten dan seramai 817,872 peminjam membayar balik secara tidak konsisten yang melibatkan tunggakan sebanyak RM5.80 bilion,” katanya dalam jawapan bertulis yang disiarkan di laman web Parlimen.
Baca artikel lain: Rambut sudah putih, sudah ada anak cucu masih hutang PTPTN
Beliau menjawab pertanyaaan Nordin Ahmad Ismail (PN-Lumut) yang memintanya menyatakan jumlah peminjam PTPTN yang sedang membayar mengikut jadual pembayaran, yang membayar tidak mengikut jadual pembayaran dan yang gagal membayar serta jumlah nilai hutang bagi setiap kumpulan tersebut.
Sebelum ini, media melaporkan ada peminjam PTPTN yang kini sudah mencapai usia 60 tahun masih belum selesai membayar balik pinjaman yang diberikan.
Perkara itu didedahkan Pengerusi PTPTN, Datuk Seri Norliza Abdul Rahim, ketika mengulas tahap kesedaran peminjam tabung pendidikan itu dalam menunaikan tanggungjawab melunaskan hutang pinjaman.
Beliau menegaskan, kesedaran peminjam untuk membayar balik pinjaman amat penting kerana PTPTN memerlukan sekitar RM3 bilion bagi membiayai kos pendidikan tinggi 450,000 peminjam sedia ada dan purata 150,000 peminjam baharu setiap tahun.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital.
Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016.
Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

