Tiba di tanah air pukul 5 pagi, PM terus pengerusikan mesyuarat Jemaah Menteri

Afiq Mohd. Shah
Afiq Mohd. Shah
Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

Dari Penulis

WALAUPUN baru tiba di tanah air selepas mengakhiri lawatan rasmi ke Bahrain sekitar pukul 5 pagi tadi, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak berehat apabila terus mempengerusikan mesyuarat Jemaah Menteri, pagi tadi.

Perkembangan itu dikongsikan dalam hantaran di Facebook Perdana Menteri.

Menurut Anwar, beliau turut berkongsikan hasil lawatan ke Bahrain dan Brunei dalam mesyuarat tersebut.

“Usai tiba dari Bahrain sekitar pukul 5 pagi tadi, saya langsung mempengerusikan Mesyuarat Jemaah Menteri awal pagi tadi.

“Saya turut kongsikan hasil lawatan ke Bahrain dan juga Brunei yang tentunya membawa impak kepada pengukuhan dan peningkatan kerjasama dan sinergi baharu, Insya-Allah,” katanya dalam hantaran tersebut.

Perdana Menteri tiba di Manama, Selasa lalu untuk lawatan rasmi ke Bahrain atas jemputan Putera Mahkota dan Perdana Menteri Bahrain, Salman Hamad Al-Khalifa.

Baca artikel lain: Berucap di IIDC satu penghormatan besar buat negara – PM

Anwar yang juga Menteri Kewangan bertemu rakan sejawatnya Shaikh Salman Khalifa Al Khalifa dan mengadakan lawatan ke Lembaga Pembangunan Ekonomi Bahrain untuk meneroka peluang kerjasama ekonomi antara Malaysia dan Bahrain.

Perdana Menteri juga menyampaikan ucapan pada Persidangan Dialog Intra-Islam, yang dihadiri 298 ulama dari 75 negara.

Beliau turut menghadap Raja Bahrain, Raja Hamad Isa Al-Khalifa di Istana Sakhir sempena lawatan rasminya ke negara itu.

Sebelum itu, Perdana Menteri turut menghadap Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah bagi membincangkan pelbagai isu penting khususnya berkait dengan negara anggota ASEAN.

Perbincangan tersebut turut disertai bekas Perdana Menteri Thailand merangkap Ketua Kumpulan Penasihat Tidak Rasmi Kepada Pengerusi ASEAN 2025, Thaksin Shinawatra.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Pegawai polis ditemukan meninggal dunia dalam bilik tidur

SEORANG pegawai polis ditemukan meninggal dunia dalam bilik tidur utama di kediamannya di Jalan Kampung Nangka, Kuching, petang semalam. Ketua...

More Articles Like This