Polis rampas 33,079 kotak katrij vape methamphetamine bernilai RM9.92 juta

Dari Penulis

POLIS berjaya menumpaskan makmal pemprosesan cecair vape yang mengandungi methamphetamine bernilai RM9,924,000 dengan menahan tujuh individu di Serdang.

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, dalam serbuan pada Isnin pukul 7.40 malam, sepasukan polis dari Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Selangor telah menahan seorang wanita tempatan di lobi sebuah kondominium di Seri Kembangan.

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan bersama pegawainya menunjukkan pelbagai jenis katrij vape yang telah dicampur dengan dadah jenis methamphetamine dianggarkan bernilai hampir RM 9.924 juta yang dirampas selepas berjaya menumpaskan sindiket makmal pemprosesan cecair Vape yang mengandungi cecair dadah jenis syabu ketika mengadakan sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor, hari ini.
GAMBAR: Abd Razak Aid

Beliau berkata, pemeriksaan pada sampul plastik yang dipegang mendapati mengandungi dua kotak katrij berisi cecair vape yang mengandungi campuran methamphetamine dengan isipadu 5 mililiter (ml).

“Suspek telah memandu arah ke sebuah kondominium dan berjaya merampas sebanyak 58 kotak katrij berisi cecair vape mengandungi methamphetamine dengan isipadu 127ml.

Pelbagai jenis katrij vape yang telah dicampur dengan dadah jenis methamphetamine dianggarkan bernilai hampir RM 9.924 juta yang dirampas selepas polis berjaya menumpaskan sindiket makmal pemprosesan cecair Vape yang mengandungi cecair dadah jenis syabu ketika Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan mengadakan sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor, hari ini.
GAMBAR: Abd Razak Aid

“Susulan itu, polis telah menyerbu sebuah premis di Seri Kembangan yang dijadikan tempat pemprosesan vape mengandungi methamphetamine serta menangkap lima lelaki warga asing yang berada di dalam premis tersebut,” katanya dalam satu sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor.

Jelasnya, sebanyak 33,019 kotak katrij vape mengandungi methamphetamine dengan isipadu 133,000 ml, 43 tong botol berisi cecair kimia serta alat memproses dan membungkus telah dirampas.

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan menunjukkan fotofit suspek yang terlibat dalam sindiket pemprosesan cecair katrij Vape yang mengandungi cecair dadah jenis methamphetamine ketika mengadakan sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor, hari ini.
GAMBAR: Abd Razak Aid

Hussein berkata, seorang lelaki tempatan yang berperanan sebagai pembancuh cecair vape dengan methamphetamine itu telah ditahan di Puchong pada Rabu.

“Kesemua suspek berusia 21 hingga 37 tahun itu didapati bekerja sepenuh masa dalam sindiket ini.

“Semakan mendapati salah seorang suspek ditahan mempunyai dua rekod lampau jenayah.

Pelbagai cecair vape yang telah dicampur dengan dadah jenis methamphetamine dianggarkan bernilai hampir RM 9.924 juta yang dirampas selepas polis berjaya menumpaskan sindiket makmal pemprosesan cecair Vape yang mengandungi cecair dadah jenis syabu ketika Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan mengadakan sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor, hari ini. GAMBAR: Abd Razak Aid

“Saringan ujian air kencing juga mendapati dua suspek positif dadah jenis ganja, amphetamine dan methamphetamine manakala lima lagi suspek negatif dadah,” ujarnya.

Mengulas lanjut, tindakan telah diambil dengan menyita sebuah Toyota Vios bernilai RM50,000 dan merampas vape mengandungi metamphetamine bernilai RM9,924,000 yang dipercayai untuk pasaran dalam serta luar negara.

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan bersama pegawainya menunjukkan pelbagai jenis katrij vape yang telah dicampur dengan dadah jenis methamphetamine dianggarkan bernilai hampir RM 9.924 juta yang dirampas selepas berjaya menumpaskan sindiket makmal pemprosesan cecair Vape yang mengandungi cecair dadah jenis syabu ketika mengadakan sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor, hari ini. GAMBAR: Abd Razak Aid

Kesemua suspek direman selama lima hingga tujuh hari di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.

Jelasnya, keseluruhan cecair vape campuran dadah ini boleh dibekalkan kepada 33,079 orang pengguna.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Akses portal 2 Ahli Parlimen PKR disekat kerana pilih gerakan menentang kerajaan

PKR menegaskan tindakan menyekat akses portal MyKhas untuk dua Ahli Parlimennya adalah kerana mereka memilih untuk bersama dengan gerakan...

More Articles Like This