Polis sahkan semakan CCTV tidak nampak kanak-kanak autistik dicederakan

Dari Penulis

POLIS mengesahkan semakan kamera litar tertutup di sebuah taska dekat Seksyen 7, Shah Alam mendapati tiada sebarang kejadian kanak-kanak autistik dicederakan.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Mohd Iqbal Ibrahim berkata, pihaknya menerima laporan mengenai kejadian daripada ibu mangsa iaitu seorang wanita Melayu berusia 34 tahun pada 11.18 pagi, 16 Januari lain.

Beliau berkata, kejadian disedari oleh suami pengadu pada 15 Januari pukul 9.30 malam ketika mahu memandikan anak lelaki berusia enam tahun itu.

“Suami pengadu telah melihat terdapat kesan kemerahan di belakang badan mangsa serta di bawah mata kanan.

“Pengadu juga menyedari yang mangsa tidak aktif dan kurang berinteraksi semasa beliau mengambilnya dari taska pada hari yang sama,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Jelasnya, siasatan mendapati mangsa mempunyai “mild autism” dan sukar berkomunikasi.

Pengadu telah menghantar mangsa belajar di taska tersebut sejak tahun 2022 dan ini merupakan kejadian pertama kali berlaku.

“Mangsa telah menerima rawatan di Hospital Shah Alam.

“Pemeriksaan mendapati lokasi kejadian merupakan sebuah rumah teres satu tingkat yang dijadikan taska. Taska ini telah beroperasi sejak tahun 2021 dan mempunyai lesen Majlis Bandaraya Shah Alam yang akan tamat pada 14 Mac ini,” ujarnya.

Siasatan dijalankan di bawah Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 dan kertas siasatan telah dirujuk kepada Pihak Penasihat Undang-Undang Negeri Selangor dimana berkeputusan tiada tindakan lanjut (No Futher Action) memandangkan tiada keterangan yang kukuh untuk meneruskan kes ini setakat in.

Orang ramai yang mempunyai maklumat lanjut mengenai kejadian diminta menghubungi Pegawai Penyiasat Kes Inspektor S. Vemal di talian 011-39216101.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Akses portal 2 Ahli Parlimen PKR disekat kerana pilih gerakan menentang kerajaan

PKR menegaskan tindakan menyekat akses portal MyKhas untuk dua Ahli Parlimennya adalah kerana mereka memilih untuk bersama dengan gerakan...

More Articles Like This