Insiden gula-gula kenyal: Perak arah PBT pantau jualan di sekitar sekolah

Dari Penulis

KERAJAAN negeri Perak mengarahkan semua pihak berkuasa tempatan (PBT) untuk memantau aktiviti jualan sekolah susulan insiden murid maut tercekik gula-gula kenyal.

Exco Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Sandrea Ng Shy Ching berkata, pihaknya akan bekerjasama dengan Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) bagi tujuan tersebut.

“Kita menyambut baik saranan daripada Kementerian Pendidikan supaya ada kerjasama lebih rapat lagi di antara PBT dan Jabatan Pendidikan untuk kita terus buat pemantauan.

“Susulan daripada insiden ini kita akan ambil perhatian khususnya dalam kes ini dalam kawasan sekitar sekolah untuk memastikan kalau ada aktiviti tidak sesuai seperti isu keselamatan seperti lalu lintas, jual barang-barang tak sesuai di kawasan sekolah kita akan ambil tindakan ikut peraturan yang ada,” katanya seperti dilapor Sinar Harian.

Baca artikel lain: Pemuda 19 tahun ditahan cabul budak perempuan dalam masjid – polis

Beliau berkata demikian selepas mengadakan lawatan kerja ke premis hotel yang telah melaksanakan Caj Perkhidmatan Tempatan (CPT) di sebuah hotel pada Jumaat.

Sandrea berkata, pihak PBT memang sentiasa membuat pemantauan serta penguatkuasaan secara berkala memandangkan ada pihak tidak mematuhi peraturan dengan menjalankan perniagaan di tempat tidak sepatunya.

Terdahulu, Ketua Pengarah Pendidikan, Azman Adnan dalam satu kenyataan pada Jumaat mengarahkan JPN bekerjasama dengan PBT dalam memantau penguatkuasaan terhadap penjaja dan peniaga di luar premis sekolah.

Beliau menegaskan walaupun penjaja dan peniaga di luar premis sekolah adalah di luar bidang kuasa kementerian berkenaan tetapi keselamatan murid perlu diberi perhatian.

Ia selaras dengan Garis Panduan Penguatkuasaan Larangan Penjualan Makanan dan Minuman di Luar Pagar Sekolah Oleh Pihak Berkuasa Tempatan (Edisi Kedua 2021).

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Akses portal 2 Ahli Parlimen PKR disekat kerana pilih gerakan menentang kerajaan

PKR menegaskan tindakan menyekat akses portal MyKhas untuk dua Ahli Parlimennya adalah kerana mereka memilih untuk bersama dengan gerakan...

More Articles Like This