Jemaah Menteri mesti terbuka terima kritikan, perbaiki kelompongan – PM

Afiq Mohd. Shah
Afiq Mohd. Shah
Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

Dari Penulis

JEMAAH Menteri diingatkan supaya menerima kritikan dengan hati terbuka dan memperbaiki kelompongan yang ada.

Amanat itu disampaikan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam Permukiman Jemaah Menteri Kerajaan MADANI Tahun 2025 yang berlangsung selama dua hari di Bangi, Selangor.

Pada masa sama, Perdana Menteri turut mengingatkan Jemaah Menteri untuk mempunyai kesatuan dan kebersamaan yang kuat sekali gus berfungsi sebagai sebuah kerajaan MADANI yang benar-benar mengangkat suara dan kehendak rakyat.

Menurut Perdana Menteri, Permukiman Kerajaan MADANI itu dilakukan dalam usaha memastikan kesinambungan perancangan yang diatur bergerak lancar.

Baca artikel lain: Runding dengan PM isu peruntukan wakil rakyat pembangkang – Johari Abdul

Katanya, ia bagi mencorak hala tuju negara dengan penuh berhemah dan bijaksana.

“Platform ini membuka ruang sinergi dalam kalangan Jemaah Menteri bagi bersama-sama menambahbaik, mengutarakan idea yang lebih segar dan merangka prakarsa yang lebih strategik khususnya kesejahteraan rakyat dan kemajuan ekonomi negara.

“Dalam amanat ringkas, saya tegaskan bahawa marcapada hari ini termasuk situasi geopolitik dan teknologi, menuntut mana-mana kerajaan untuk bergerak pantas dan berubah agar terus kekal relevan dan berfungsi dengan baik kepada seluruh lapisan masyarakat,” katanya dalam hantaran di Facebook.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Iran hargai pendirian konsisten Malaysia sokong perjuangan umat Islam

IRAN menzahirkan penghargaan kepada Kerajaan Malaysia atas pendirian yang konsisten dalam menyuarakan sokongan terhadap perjuangan umat Islam. Penghargaan itu dinyatakan...

More Articles Like This