PEMBANGKANG disaran berjumpa Perdana Menteri berhubung isu penyaluran peruntukan kepada Ahli Parlimen mereka.
Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul berkata, keputusan untuk memberikan peruntukan adalah berdasarkan keputusan Perdana Menteri sendiri.
“Kita (Dewan Rakyat) tiada kuasa berkaitan peruntukan khas daripada Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU) Jabatan Perdana Menteri (JPM)….itu bukan kuasa kita, itu hak PM (Perdana Menteri).
“Seperti PM dahulu di zaman (Datuk Seri) Ismail Sabri, selepas lakukan beberapa rundingan pihak pembangkang juga dapat (peruntukan), maka buatlah rundingan dengan PM dan beritahu apa yang anda mahu,” katanya seperti dilapor Berita Harian.
Beliau berkata demikian ketika ditanya berhubung isu itu pada sidang media selepas menghadiri sesi dialog bersama pelatih Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) 3.0 di Kem Rejimen 515 Askar Wataniah, hari ini.
Baca artikel lain: Insiden gula-gula kenyal: Perak arah PBT pantau jualan di sekitar sekolah
Yang turut hadir Ketua Pengarah Jabatan Latihan Khidmat Negara (JLKN), Mejar Jen Datuk Ya’cob Samiran.
Mengulas lanjut, Johari berkata terdapat dua jenis peruntukan boleh diberikan kepada pihak pembangkang iaitu peruntukan untuk pembangunan dan peruntukan kepada wakil rakyat.
“Berikan saya contoh negeri pembangkang seperti Kelantan, Terengganu dan Kedah yang tidak diberikan peruntukan pembangunan seperti untuk jalan, tambatan banjir, klinik dan sekolah…. tidak ada.
“(Ini kerana) peruntukan dalam soal pembangunan dibuat oleh pegawai kerajaan, mereka tidak pandang sama ada ini kerajaan pembangkang atau bukan,” katanya lagi.
Tambah beliau, yang menjadi masalah adalah apabila wakil rakyat pembangkang tidak datang berjumpa Perdana Menteri memaklumkan keperluan mereka untuk mendapatkan peruntukan yang diperlukan.
“Itu yang PM kata datang (berjumpanya) dan runding apa perkara yang anda mahu, anda hendak apa sebenarnya tetapi tidak datang (berjumpa PM),” katanya.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

