MALAYSIA dan Perancis senada untuk mempertingkat kerjasama dalam pelbagai bidang merangkumi pertahanan, ekonomi dan tenaga selain perdagangan, pelaburan, pelancongan dan kecerdasan buatan (AI).
Hasrat itu dinyatakan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam panggilan telefon dengan Presiden Perancis, Emmanuel Macron, semalam.
Dalam hantaran di Facebook, Perdana Menteri memaklumkan beliau menyingkap perkembangan hasil pertemuannya dengan Macron ketika menghadiri Sidang Kemuncak G20 di Rio De Janeiro, Brazil pada 19 November lalu.
Perdana Menteri turut menyatakan penghargaan kepada Macron atas sokongan diberikan terhadap pembangunan semula Gaza ekoran kekejaman rejim zionis Israel sebelum ini.
Baca artikel lain: Jemaah Menteri mesti terbuka terima kritikan, perbaiki kelompongan – PM
“Kami juga sepakar untuk mencari jalan penyelesaian dalam isu berkaitan Myanmar dalam mewujudkan keamanan di negara itu menggunakan pendekatan diplomatik yang bersesuaian,” katanya dalam hantaran tersebut.
Anwar turut menyatakan kesediaan kerajaan untuk menerima kehadiran Macron dan delegasinya ke Malaysia pada Mei ini dalam usaha meningkatkan lagi hubungan antara kedua-dua negara.
Anwar pernah mengadakan pertemuan dengan Presiden Perancis itu di sela-sela Sidang Kemuncak G20 di Rio De Janeiro, Brazil pada November lalu dengan krisis di Palestin menjadi antara topik perbincangan kedua-dua pemimpin itu.
Selain itu, Perdana Menteri dan Macron turut membincangkan mengenai komitmen untuk terus mengukuhkan hubungan dan kerjasama antara kedua-dua negara.
Ia meliputi perdagangan, pelaburan, pelancongan dan pertahanan selain kerjasama dalam bidang AI.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital.
Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016.
Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

