Agong selamat tiba selepas jalani rawatan di luar negara

Afiq Mohd. Shah
Afiq Mohd. Shah
Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

Dari Penulis

YANG di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim selamat berangkat tiba di tanah air, pagi tadi, selepas menjalani rawatan di luar negara.

Dalam hantaran di Facebook rasmi Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, pesawat khas Seri Paduka tiba di Pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), Subang pada pukul 7 pagi tadi.

Keberangkatan tiba Seri Paduka disambut Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara, Datuk Zailani Hashim; Datuk Paduka Maharaja Lela Istana Negara, Datuk Azuan Effendy Zairakithnaini serta pegawai-pegawai Istana Negara.

“Sultan Ibrahim turut menzahirkan penghargaan kepada seluruh rakyat yang menitipkan doa buat kesihatan Seri Paduka Baginda,” menurut hantaran tersebut, hari ini.

Baca artikel lain: Kesihatan Agong lebih baik selepas jalani rawatan – PM

Sebelum ini, Yang di-Pertuan Agong dilaporkan selamat menjalani rawatan konservatif bagi kesakitan musculoskeletal (otot dan tulang) di luar negara.

Istana Negara dalam kenyataan memaklumkan, kesakitan berkenaan berlaku akibat latihan ketenteraan intensif dan gaya hidup aktif Seri Paduka Baginda yang gemar bersukan sewaktu muda, terutama bermain polo.

Pada 7 Februari lalu, Istana Negara dalam kenyataan memaklumkan Seri Paduka Baginda berangkat ke luar negara bagi menjalani rawatan.

Mengiringi bersama Seri Paduka Baginda, Tunku Panglima Johor,Tunku Abdul Rahman Al-Haj Ibni Sultan Ibrahim dan Tunku Putera Johor, Tunku Abu Bakar Al-Haj Ibni Sultan Ibrahim.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Saluran RTM akan terus bersiaran di platform Astro

RAKYAT Malaysia akan terus dapat menikmati saluran televisyen utama Radio Televisyen Malaysia (RTM) iaitu TV1, TV2 dan TV Okey...

More Articles Like This